14,949 calon bersaing isi jawatan Pegawai Pemulihan Antidadah - Agensi Antidadah Kebangsaan AADK


Seramai 14,949 calon menduduki peperiksaan di 83 pusat peperiksaan di seluruh negara pada 17 November 2011 bagi mengisi jawatan Pegawai Pemulihan Antidadah Gred S41 di Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Pengarah AADK, Puan Sri Zuraidah Mohamed, berkata daripada jumlah itu hanya 45 calon yang benar-benar layak diambil untuk mengisi jawatan itu bermula Mac 2012.

"Ini kali pertama AADK bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menggunakan sistem MyRecruitment membabitkan empat saringan sebelum ditawar lantikan iaitu tapisan awal, peperiksaan, penilaian kompetensi dan temuduga," katanya selepas meninjau proses peperiksaan di Institut Latihan Kehakiman & Perundangan (ILKAP) Bangi, hari ini. Hadir sama, Setiausaha SPA, Datuk Lamien Sawiyo.

Dalam perkembangan lain, Zuraidah berkata, seramai 4,904 penagih menerima rawatan di 20 Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) seluruh negara sehingga bulan lalu, berbanding 7,605 jumlah penagih tahun lalu.

Seramai 9,373 penagih pula menerima rawatan di lapan Pusat Khidmat Pulih dan Prihatin (CCSC) di seluruh negara.

- BERNAMA

Peperiksaan Pegawai Antidadah
http://myadha.blogspot.com/2011/11/panduan-peperiksaan-pegawai-antidadah.html