Sementara itu, Asyraf Wajdi berkata, tawaran tempat kemasukan ini membabitkan semua 57 MRSM di seluruh negara termasuk yang terbaru di MRSM Ranau dan MRSM Bintulu.
- Berita Harian
Seramai 8,909 pemohon berjaya ditawarkan mengikuti pengajian ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi kemasukan tahun 2025.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata sebanyak 7,229 tempat disediakan bagi kemasukan pelajar ke Tingkatan Satu, manakala 1,680 tempat pula disediakan untuk kemasukan ke Tingkatan Empat.
Beliau berkata, untuk kemasukan tahun ini, MARA menerima 93,635 permohonan ke Tingkatan Satu dan Empat, dengan semua pemohon diwajibkan melepasi Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
"Daripada 93,635 pemohon ini, jumlah calon layak secara minimum adalah 21,994 orang atau 35.91 peratus. Calon mencapai merit tinggi iaitu tahap A bagi semua mata pelajaran teras khususnya Matematik dan Sains sebanyak 10.34 peratus daripada jumlah calon (memohon).
"Calon pelajar yang menunjukkan pencapaian yang baik bagi subjek Bahasa Melayu seramai 51,520 orang iaitu 84.08 peratus, Matematik pula 31,768 orang atau 51.4 peratus dan subjek Sains 42,558 orang atau 69.45 peratus.
"Secara umumnya, pencapaian mata pelajaran Matematik meningkat dengan baik, hanya Sains saja yang sedikit jatuh," katanya pada sidang media.
Terdahulu, beliau menghadiri MARA Integrated Accounting Conference (MiCA), satu program menghimpunkan dan menggalakkan lebih ramai golongan muda menjadi akauntan bertauliah dalam negara.
Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, MARA masih mengekalkan dasar sedia ada dengan 60 peratus penawaran adalah kepada keluarga berpendapatan rendah (B40), keutamaan juga diberikan kepada pemohon luar bandar dan miskin bandar.
Beliau berkata, semakan tawaran dibuka bermula jam 12 tengah hari ini, secara dalam talian dan maklumat juga dihantar kepada pemohon yang berjaya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel yang didaftarkan ketika permohonan dibuat.
"Hebahan kemasukan tawaran ini turut dimaklumkan dalam media sosial rasmi dan Portal MARA bagi memastikan maklumat ini sampai kepada pemohon.
"Pemohon berjaya diingatkan membuat pengesahan terima/tolak tawaran kemasukan ke MRSM dalam tempoh tujuh hari. Mereka yang tidak membuat pengesahan dalam tempoh ditetapkan akan dianggap menolak tawaran ke MRSM," katanya.
Katanya, pemohon yang layak dan masih belum mendapat tawaran boleh membuat semakan pertama pada hari ini, manakala semakan kedua boleh dilakukan pada 27 Januari ini; semakan ketiga (3 Mac) dan semakan keempat pada 17 Mac depan.
Sementara itu, Asyraf Wajdi berkata, tawaran tempat kemasukan ini membabitkan semua 57 MRSM di seluruh negara termasuk yang terbaru di MRSM Ranau dan MRSM Bintulu.
- Berita Harian
Blogger Informasi

Untuk meletakkan iklan TUKAR SUKA SAMA SUKA anda, masukkan iklan anda di bahagian komen. * Sila ikut format seperti berikut: - NAMA JAWATAN ...
Perkahwinan Rakyat Malaysia Dengan Warganegara Asing Perkahwinan di antara rakyat Malaysia dan warga asing atau di antara dua warga asin...
Aman Shah Ahmad merupakan seorang kakitangan bank yang menjadi tumpuan negara pada tahun 1990 kerana terlibat dalam salah satu k...
Kerajaan mengekalkan kuota 90 peratus Bumiputera dalam kemasukan ke Program Matrikulasi sebagai usaha memastikan akses pendidikan lebih ad...
Malaysia Airlines Bhd menerima sebuah Boeing 737-8 iaitu pesawat ke-15 jenis itu serta penghantaran pertama bagi tahun ini yang mendarat d...
Pengambilan Polis PDRM - Tidak Mudah Mengambil & Melahirkan Anggota Polis SEKILAS pandang, terdetik dalam hati bergayanya penampilan...
Permohonan bagi jawatan di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kini boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmat...
JAWATAN: 1. Penolong Pendaftar -N41 2. Arkitek Landskap - J41 3. Penolong Arkitek Landskap - J29 4. Pelukis Pelan - J17 DOWNLOAD BORANG Bora...
1. PEGAWAI KADET DEK (Diploma Pengajian Nautika) 2. PEGAWAI KADET ENJIN (Diploma Kejuruteraan Marin) SYARAT KELAYAKAN: -Permohonan berdasark...
Permohonan adalah dipelawa kepada Rakyat Johor / Warganegara Malaysia yang berkelayakkan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagaimana keteta...