Top Ad 728x90

, ,

Pengambilan Calon Lepasan SPM untuk Dilantik Sebagai Pegawai Kadet ATM - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia UPNM 2012



ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
PENGAMBILAN CALON LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA UNTUK BERKHIDMAT DALAM ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

1. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (menggunakan keputusan percubaan SPM tahun 2011) dan warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk dilantik sebagai Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

SEKSYEN A - SYARAT KELAYAKAN AM

2. Jantina: Lelaki dan wanita

3. Umur: 17 tahun 6 bulan hingga 19 tahun pada 31 Mei 2012. Calon-calon yang berumur di antara 17 tahun 6 bulan hingga 18 tahun perlu mendapat kebenaran dan kelulusan ibu-bapa/penjaga.

4. Fizikal:
a. Tinggi minimum: 1.62m (Lelaki)/ 1.57m (Wanita).
b. Berat minimum: 47.5 kg (Lelaki)/ 45.0 kg (Wanita).
c. Ukuran dada minimum (Lelaki sahaja): 76sm.
d. Body Mass Index (BMI) 18.0 hingga 23.0.

5. Taraf Kesihatan: Tahap penglihatan ialah 6/6 tanpa kaca mata  dan kanta lekap. Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kesihatan Tubuh (DKT – Forward Everywhere (FE).

6. Kriteria Pemilihan: Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada merit Kelayakkan Akademik, Ujian Kepimpinan, Ujian Fizikal dan Prestasi Temuduga. Kecemerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan.


SEKSYEN B – SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK

7. Kelayakan Akademik: Mendapat Gred A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan serta sekurang-kurangnya DUA (2) A dalam mata pelajaran seperti berikut: Fizik, Kima atau Biologi dalam peperiksaan percubaan SPM tahun 2011.


SEKSYEN C – PERLANTIKAN DAN PENTAULIAHAN

8. Perlantikan. Calon-calon yang berjaya terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet untuk menjalani pengajian akademik di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan pengajian ketenteraan.

9. Pentauliahan. Pegawai Kadet yang berjaya lulus dengan cemerlang dalam pengajian akademik dan pengajian ketenteraan serta TERPILIH sahaja akan dianugerahkan Tauliah Jangka Pendek (TJP) dengan menyandang pangkat Leftenan Muda (Lt Muda) atau setaraf setelah diperkenan oleh SPB Yang Di Pertuan Agong.

10. Gaji. Berdasarkan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA - ATM) yang sedang berkuatkuasa.

11. Calon-calon yang berjaya disenarai pendek dikehendaki membuat permohonan kemasukan Universiti secara rasmi melalui Unit Pengambilan Universiti (UPU) selepas keputusan peperiksaan sebenar SPM diumumkan.


CARA PERMOHONAN

12. Dokumen Diperlukan. Tiada borang khusus disediakan untuk tujuan permohonan. Permohonan boleh dibuat dengan menyertakan dengan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:
a. Butir-butir peribadi (resume) beserta nombor telefon dan alamat e-mail yang boleh dihubungi.
b. Salinan keputusan percubaan SPM 2011.
c. Salinan Kad Pengenalan Pemohon, Ibu dan bapa.
d. Salinan Sijil Berhenti Sekolah.
e. Salinan Sijil Kelahiran Pemohon, Ibu dan bapa.
f. Salinan Sijil Sukan dan Ko-kurikulum.
g. Sekeping gambar berukuran pasport.
h. Sampul surat Pos Ekspres berukuran 229mm x 162mm, beralamat sendiri.

13. Alamat. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat:

Markas Angkatan Tentera Malaysia
Bahagian Perkhidmatan Anggota
Cawangan Tenaga Kerja
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian: Sel C)

ATAU

Datang sendiri ke Cawangan Tenaga Kerja, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur dengan membawa salinan dokumen–dokumen seperti di atas.

14. Maklumat Permohonan: Sila berhubung dengan pegawai pemilih seperti berikut:

  1. Mej Abdul Hamid bin Maarus - 03-20712382
  2. Kapt Ezril Redzuan bin Hj Zainudin TUDM – 03-20714526
Kapt Ridzuan bin Abdullah - 03-20714524
            Kapt Mohd Izham bin Ahmad Rashidi – 03-20712387
  1. Kaunter Pertanyaan dan Penyerahan Borang: 03-20712391
  2. Talian Bebas Tol : 1-800-88-7588
  3. Nombor Faks: 03-26985340 ,03-26986235
  4. Email: ctk.mtk@ mod.gov.my

15. Tarikh Tutup Permohonan : 31 Januari 2012


Maklumat Penting:
Pemohon tidak perlu mengisi sebarang borang permohonan untuk jawatan di atas. Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk ujian dan temuduga di pusat pemilihan yang ditetapkan. Mereka yang tidak menerima sebarang surat tawaran setelah DUA (2) MINGGU dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.


5 Comment:

  1. Assalamualaikum..?
    Untuk Pengambilan tahun 2013,adakah menggunakan syarat-2 dan cara-2 yang sama juga?

    saya:NUR AWATIF SHAHIDAH BINTI ABDULLAH

    BalasPadam
  2. assalmualaikum...... saya mahu tanya... adakah syarat kelayakan ini masih digunakan untuk tahun 2014 yang akan datang..?

    saya: MUHAMMAD NOOR AMIRUL ASYRAF BIN NORDIN

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum .. bole saya tahu , ada PENGAMBILAN CALON LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA UNTUK BERKHIDMAT DALAM ANGKATAN TENTERA MALAYSIA tahun 2014 ? ?

    Saya : Muhammad Firasly Bin Ahmad Fuad

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum saya nak tnye adakah pngambilan temuduga akan dihantar melalui sms kerana saya telah mendapt sms dan diminta hadir ke lokasi yang ditetapkan

    BalasPadam
  5. assalammualaikum.kalo result saya tak mencukupi ape yg disyaratkan.boleh ke saya msuk??

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90