Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) untuk Kakitangan Awam

Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) untuk Kakitangan Awam

Penjawat awam bakal menikmati Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) , berasaskan skim perumahan mampu milik yang di bina di tanah milik kerajaan, harga yang ditawarkan adalah 20 hingga 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata projek perintis akan dimulakan dengan membina 10,000 unit rumah di Putrajaya dan akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam tempoh terdekat.

“Kita akan mencari tanah milik kerajaan yang terletak di kawasan bandar lain, termasuk Johor Baru, untuk tujuan yang sama,” katanya ketika berucap pada sesi pertemuaan bersama Penjawat Awam di Pusat Islam Johor Baru pada Selasa.

Pelancaran PPA1M adalah bagi membantu penjawat awam berpendapatan rendah membeli rumah di kawasan bandar, yang telah melambung tinggi yang menyebabkan mereka tidak mampu membelinya.

“Harga rumah mampu milik yang akan ditawarkan adalah bermula daripada RM150,000 hingga 300,000, dengan keluasan antara 1,000 hingga 1,500 kaki persegi, serta akan dilengkapi dengan kemudahan asas,” kata Ali.

Beliau berharap inisiatif tersebut dapat meringankan beban penjawat awam yang telah memberikan khidmat terbaik mereka dan akan menjadi pendorong agar mereka dapat dengan lebih kuat lagi.

Mengenai nasib kira-kira 50, 000 pekerja kontrak di bawah Jabatan Integrasi dan Perpaduan Nasional, yang terletak di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, beliau berkata kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan kontrak mereka hingga 31 Disember tahun hadapan.

Pada masa ini, kajian menyeluruh akan dijalankan mengenai tugas mereka oleh sebuah jawatankuasa dan hasilnya akan dibentangkan di Kabinet.

– BERNAMA


Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) untuk Kakitangan Awam

3 comments.. read them below or add one

acidburn hahaha acidburn hahaha 16 April, 2013
macam mana cara untuk mohon PPA1M ni ye??
run flyguy run flyguy 18 April, 2013
wan-sm mcm acidburn,mcm mn nak apply PPA1M ni?sapa boleh bg tau.
Notakanan Notakanan 18 April, 2013
gambar-gambar projek perumahan penjawat awam ni boleh tengok di sini:

http://notakanan.blogspot.com/2013/04/perumahan-penjawat-awam-1malaysia-ppa1m.html

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Tawaran Istimewa

dapatkan 1,240 buah Ebook pelbagai topik hanya RM30 sahaja.

lihat tawaran