Top Ad 728x90

MBKT susun semula penempatan Bandaraya Kuala Terengganu

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan melakukan penyusunan semula penempatan melibatkan kawasan-kawasan terpinggir daripada pembangunan di sekitar ibu negeri itu sejajar dengan penaikan tarafnya sebagai sebuah bandaraya. Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Mat Razali Kassim berkata, perkara tersebut sedang diperhalusi untuk mencari kaedah terbaik dalam melaksanakan penyusunan semula penempatan tersebut.

Kata beliau, MBKT telah mengenal pasti beberapa kawasan yang terlibat dalam penyusunan semula itu termasuk di kawasan Lorong Jamil, Ladang dan Tanjung.

''Walaupun ia masih di peringkat perancangan, namun usaha tersebut perlu dilaksanakan memandangkan Kuala Terengganu kini sudah berstatus bandaraya," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, satu perancangan untuk membangunkan kawasan-kawasan tersebut kini sedang dirangka dengan cadangan menggantikan penempatan sedia ada dengan rumah pangsa.

''Kami melihat kepada contoh pembangunan yang diadakan di ladang yang dibangunkan semula dengan rumah pangsa untuk penduduk asal di kawasan itu.

''Kita mahu penyusunan tersebut memberi imej baru yang bersesuaian dengan status Kuala Terengganu sebagai sebuah bandaraya,' ujarnya.

Melalui cadangan itu, katanya lagi, penempatan baru berkenaan akan nampak lebih tersusun dan teratur daripada apa yang ada sekarang.

Beliau memberitahu, perbincangan akan diadakan dengan penduduk kawasan terbabit untuk mencari jalan penyelesaian terbaik membangunkan kawasan tersebut.

"Kita mahu perancangan ini memberi faedah kepada semua pihak yang terlibat dalam perkara ini," ujarnya.

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90