Top Ad 728x90

Paya Bunga Square mercu tanda baru Kuala Terengganu

Sesuai dengan tarafnya sebagai sebuah bandar raya, pembangunan yang dilakukan di Kuala Terengganu dilaksanakan bagi memenuhi keperluan warga kota yang semakin meningkat.

Terbaru, Paya Bunga Square bernilai RM104.872 juta yang dibangunkan di pusat bandar raya ini bakal menempatkan kemudahan untuk orang ramai termasuk pusat membeli-belah dan tempat letak kereta bawah tanah apabila ia siap sepenuhnya menjelang tahun 2010.

Bangunan 18 tingkat itu yang mempunyai ciri-ciri rekabentuk tradisi Terengganu itu menempatkan sebuah podium perniagaan dan hotel mewah, sebuah menara hotel dan menara pejabat.

Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Datuk Zakaria Awang berkata, kerja-kerja pembinaan bangunan tersebut yang dimulakan Januari lalu sememangnya berpotensi menjadi pusat perniagaan utama kerana lokasinya terletak di tengah pusat bandar raya.

Menurutnya, pembinaan Paya Bunga Square yang kini memasuki 45 peratus bagi kerja-kerja tapak manakala kerja-kerja pembinaan bangunan akan dimulakan awal tahun depan.

''Berdasarkan prestasi sekarang, kita yakin pembinaan Paya Bunga Square akan siap menurut jadual," ujar Zakaria.

Mengulas lanjut Zakaria memberitahu, tapak kompleks Paya Bunga Square dibangunkan di tanah Lot PT3133K seluas 7,992 meter persegi dan Lot PT 4785K seluas 1741 meter persegi adalah tanah milik PMINT.

Jelasnya, ia terletak di tepi Jalan Masjid Abidin dan Jalan Engku Embong Fatimah iaitu bersebelahan dengan Stesen Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan Plaza Paya Bunga.

Mengenai komponen kompleks secara keseluruhan beliau berkata, ia dibahagikan tiga komponen utama meliputi blok podium, menara pejabat dan menara hotel.

Beliau memberitahu, blok podium mengandungi enam tingkat dengan satu tingkat dikhaskan sebagai tempat letak kereta bawah tanah.

Ia mengandungi 123 ruang niaga dengan keluasan setiap lot di antara 16 meter persegi hingga 119 meter persegi.

Selain itu jelasnya, di blok podium juga mengandungi ruang lobi lif untuk ke menara pejabat dan hotel serta pejabat penyelenggaraan serta tempat letak kereta.

Menurutnya, bagi komponen menara pejabat ia mengandungi ruang pejabat sebanyak 13 tingkat yang terletak di tingkat enam hingga tingkat 18 dengan keluasan lantai 14,518 meter persegi.

Komponen Menara Hotel juga mempunyai 13 tingkat iaitu dari tingkat enam hingga tingkat 18 dengan keluasan lantai 13,186 meter persegi.

''Hotel ini menawarkan 209 bilik dengan kemudahan sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 400 orang dan tiga buah bilik seminar yang setiap sebuah mampu memuatkan 30 hingga 50 orang.

Beliau memberitahu, turut dibangunkan di komponen menara hotel ialah kolam renang dengan keluasan 600 meter persegi, sebuah restoran dan ruang kaunter.

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90