Top Ad 728x90

Arkeologi Russia jumpa tapak Empayar Khazar

Seorang ahli arkeologi Russia mendakwa menemui kota purba Khazar iaitu empayar yang dipercayai sesetengah penyelidik barat sebagai berkait dengan Yakjuj dan Makjuj serta yang ribuan tahun lalu lalu sebelum hilang dan menjadi misteri.

Profesor Universiti Astrakhan, Dmitry Vasilyev, berkata aktiviti mencari gali selama sembilan tahun berhampiran Laut Caspian akhirnya berjaya menjumpai tapak kubu bata terbakar selain kesan pendudukan yang beliau percaya sebagai lokasi Itil iaitu ibu kota Khazar.

Vasilyev berkata, mengikut undang-undang empayar itu, bata terbakar hanya digunakan di ibu kota itu.

Lokasi umum kota itu yang terletak antara Laluan Sutera disahkan pencatat sejarah Arab, Yahudi dan Eropah zaman pertengahan.

"Penemuan ibu kota feudal pertama Eropah Timur ini amat besar ertinya dianggap sebahagian sejarah Russia," katanya.

Empayar Khazar yang dibangunkan puak Turki Asia Tengah pernah menguasai kawasan luas meliputi selatan Russia, Ukraine, Pergunungan Caucasus, Asia Tengah dan Laut Aral ketika zaman kegemilangannya dari abad ketujuh hingga abad ke-10.

- AP

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90