Top Ad 728x90

Kerap ambil paracetamol boleh asma

Pengambilan kerap paracetamol boleh meningkatkan risiko seseorang itu menghidap asma sehingga hampir tiga kali ganda tetapi ubat penahan sakit lain tidak menunjukkan kesan sama, menurut kajian.

Penyelidik menganalisis kekerapan penggunaan ubat penahan sakit pada lebih 500 orang dewasa yang menghidap asma dan 500 penduduk sihat di beberapa negara Eropah.

Hasil kajian menunjukkan risiko menghidap asma meningkat dengan penggunaan paracetamol sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Lebih lima juta penduduk Britain menghidap asma, termasuk 1.4 juta kanak-kanak dan penyakit itu menyebabkan 70,000 kemasukan ke hospital dan 1,400 kematian setiap tahun.

Sebahagian penghidap penyakit itu memilih paracetamol kerana sensitif kepada aspirin atau ubat antiradang bukan steroid seperti Nurofen.

Kajian diterbitkan kelmarin dalam European Respiratory Journal. Salah seorang penulisnya, Dr Seif Shaheen, dari Kolej Imperial London, berkata: “Bukti epidemiologi semakin banyak yang menunjukkan kaitan antara paracetamol dan asma.

“Sejak tahun 2000, beberapa penerbitan melaporkan kaitan ini. Kami juga menunjukkan kelaziman asma lebih tinggi di negara yang mencatatkan kadar jualan tinggi paracetamol.”

Penyelidik percaya pengambilan kerap paracetamol menurunkan paras ‘antioxidant glutathione’, yang ditemui dalam saluran pernafasan dan hidung, bahan yang melindungi paru-paru dari pencemaran udara dan asap tembakau serta kesan membahayakan unsur lain.

- Agensi

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90