Top Ad 728x90

Kenapa Kita Sering Gagal Dalam Hidup??

Pada malam minggu yang lepas, saya dihubungi oleh teman lama yang sudah enam tahun terputus hubungan. Setelah berbual panjang kami memutuskan untuk berjumpa pada keesokan harinya. Beliau kini berada dalam keadaan yang begitu menekankan. Syarikat tempat beliau mencari nafkah selama sembilan tahun sudah gulung tikar. Kini setiap hari beliau keluar mencari kerja juga tidak ketinggalan menghantar surat-surat permohonan. Sudah hampir dua bulan beliau tidak bekerja. Tanya beliau kenapa hingga sekarang beliau masih tidak dapat pekerjaan, apakah halangan yang mengganggunya. Saya mempunyai dua pandangan terhadap masalah ini, yang pertama pada keadaan ekonomi sekarang, mendapat pekerjaan yang kita inginkan bukan sesuatu yang mudah, walaupun kita mempunyai pengalaman luas, itu bukan jaminan. Kos-kos yang ditanggung oleh pihak syarikat memuncak dan ini menyebabkan mereka harus berhati-hati dalam menambah bilangan pekerja.

Yang kedua, mungkin ada halangan dari segi spiritualnya. Namun bagi kes teman saya, apa yang saya lihat ialah faktor ekonomi sejagat dan bukannya spiritual. Saya telah banyak bertemu mereka yang berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua bidang tetapi gagal. Ada diantara mereka bersungguh-sungguh mencari kerja dan akhirnya berjaya mendapat pekerjaan tetapi hanya mampu bertahan selama dua hingga tiga bulan. Ianya bukan kerana mereka bermasalah tetapi syarikat yang bermasalah. Terdapat juga mereka yang sudah putus asa dalam mencari pekerjaan dan memutuskan untuk berniaga. Pada awalnya semuanya berjalan lancar tetapi selang beberapa bulan semuanya bungkus. Apabila terjadinya keadaan sebegini maka timbullah pertanyaan mengapa orang lain boleh berjaya dan aku lebih bersungguh-sungguh, lebih kreatif, lebih bijak tetapi gagal. Masalah yang sebegini sebenarnya dihadapi oleh ramai dikalangan orang kita. Mengapa? Persoalan ini perlu kita kupas agar kita dapat mencari punca permasalahan dan insya Allah kita berupaya menyelesaikannya apabila mengetahui sebab musababnya.

Ramai berpendapat masalah ini merupakan berpunca dari masalah spiritual. Ianya bermaksud perjalanan kehidupan atau rezeki kita terhalang disebabkan terdapat `sesuatu? yang menghalang kita dari berjaya. `Sesuatu? itu mungkin datang daripada niat jahat orang lain atau masalah keturunan iaitu saka. Pendapat ini tidak saya sangkal tetapi saya mempunyai takrifan yang berbeza tentang masalah spiritual. Masalah spiritual pada pandangan saya ialah masalah kekuatan jiwa seseorang itu. Jika seseorang itu mempunyai jiwa yang kental dan mantap makanya beliau akan mudah mengendalikan perjalanan kehidupan serta kerezekiannya dengan mudah. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu hingga kaum itu sendiri mengubahnya. Makanya kita diberi peluang untuk mengubah corak serta taraf hidup kita tetapi kita perlu tahu cara dan kaedah yang betul-betul membawa kepada perubahan positif. Untuk mengubah nasib itu perlu jiwa yang kental dan mantap dan bukan hanya minda yang positif. Minda yang dikatakan positif belum tentu mempunyai jiwa yang mantap. tetapi jiwa yang mantap sudah tentu 100% mempunyai minda yang positif. Jadi perubahan itu perlu bermula dengan jiwa, tanpa jiwa minda tidak mampu melakukan proses pemikiran.

Kita sering gagal dalam hidup kerana kita hanya menggunakan minda sebagai pemandu arah dalam segala aspek kehidupan. Apabila minda kita berserabut atau berada dalam tekanan maka seringkali keputusan yang dibuat itu salah atau tidak mendatangkan hasil. Situasi ini akan membuat kita lebih tertekan dan sebarang tindakan atau keputusan susulan akan lebih membawa kepada ketidakberhasilan. Dalam keadaan ini kita dapat melihat wajah mereka tidak ceria, muram serta membosankan. Apabila wajah atau expresi diri ini ditonjolkan kepada umum pastinya jawapan untuk apa jua soalan bertukar negatif. Dan ini menyebabkan mereka hilang keyakinan diri, menjadi pemarah dan secara tidak langsung kesihatan lahiriah terganggu. Jika hal ini tidak diubah, perjalanan kehidupan seseorang itu akan terganggu terutamanya hal-hal yang melibatkan wang ringgit.

Jika anda sering gagal dalam hidup, apa yang perlu anda lakukan ialah keluar dari kepompong minda yang selama ini anda gunakan untuk mencari penyelesaian kerana apabila anda berada dalam tekanan anda akan menjadi tidak rasional dan seringkali keputusan yang dibuat tidak mendatangkan hasil bahkan menambahkan beban. Anda perlu mencapai ketenangan jiwa kerana jiwa yang tenang adalah jiwa yang mantap yang mampu menjana minda positif dan mampu memberi jalan penyelesaian dalam setiap masalah. Jiwa yang tenang akan selalu mengingat kepada Penciptanya dan jiwa akan lebih mantap hasil kerana keyakinan yang jitu kepada Allah swt. Jiwa yang tenang dapat dicapai melalui kaedah meditasi super sedar dan dalam Islam keadaan meditasi super sedar ini dapat dicapai dalam solat yang benar-benar khusyuk. Dalam kekhusyukan itu segala permasalahan akan hilang kerana jiwa kita berada dalam keadaan yang begitu tenang. Apabila jiwa kita tenang dan mantap maka segala tindakan kita lebih baik dan berjaya serta kita yakin bahawa segala usaha perlu kita lakukan tetapi keputusan adalah hak milik Allah swt.

Selain itu kita juga harus melihat siapakah disekeliling kita, bersesuaian dengan hadith nabi saw, barangsiapa berkawan dengan penjual minyak wangi maka wangilah dia. Justeru jika kita dikelilingi oleh mereka yang bermasalah maka kita akan terikut bermasalah. Ini kerana apabila bermasalah, gelombang fikiran berada dalam gelombang beta. Jika anda dikelilingi mereka yang berada pada gelombang beta yang tinggi, maka gelombang tersebut akan mempengaruhi pemikiran serta gelombang otak anda secara langsung. Jadi jika anda bermasalah carilah tempat-tempat yang mempunyai gelombang alpha seperti masjid terutamanya dibawah kubah dan duduklah dengan santai selama 30 minit, insya Allah anda akan dapat melihat jalan penyelasiannya. Ingatlah jiwa mantap, minda hebat, hasil cemerlang.

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90