Tips Temuduga

Temu duga kerja bertujuan untuk memilih calon yang sesuai untuk mengisi sesuatu jawatan kosong. Dalam sesuatu temu duga anda dikehendaki menjual anda secara cergas giat mulai anda sampai sehingga anda bertolak dari tempat temu duga. Seseorang mencari kerja bolehh membuat persediaan untuk sesuatu temu duga kerja dengan menduga soalan soalan temu duga dengan menyelidik latar belakang majikan, menyediakan rangka jawapan bagi soalan soalan yang mungkin di tanya dan menyebut berulang ulang jawapan itu. (tanpa menghafal). Ikutlah petua petua yg di berikan.

SEBELUM TEMU DUGA

Dapatkan pelbagai maklumat tentang organisasi berkenaan dan membiasakan diri dengan visi, misi aktiviti utama serta prestasi kewangan. Ini adalah penting untuk menunjukkan anda benar benar berminat untuk menyandang jawatan yang dipohon itu. Maklumat yang diperolehi boleh membantu anda menjawab sebarang soalan secara tepat dan betul. Majikan pada lazimnya mengemukakan soalan seperti ini :

* Apakah yang anda tahu tentang syarikat kami?
Bersedia menjawab serta tanya soalan sesuatu temu duga merupakan perbualan dua hala. Bagi anda temu duga juga dwi tujuan. Pertama untuk menjual anda kedua untuk memiliki jawatan.

Setelah menanya pelbagai soalan penemu duga biasanya meminta anda menanyakan soalan. Anda perlu menayakan solan yang bernas seperti :
* Adakah syarikat merancang untuk memperluaskan operasinya?
* Apakah falsafah dan nilai-nilai syarikat?
* Apakah aliran penting dalam industri diceburi oleh syarikat?
* Bagaimana tanggungjawab kepimpinan saya akan diukur?
* Apakah kelebihan dah kelemahan syarikat berbanding dengan pesaingnya

Sediakan pakaian yang kemas, sut kelabu, hitam atau biru kelasi atau pakaian dengan tali leher sahaja adalah sesuai.

SEMASA TEMU DUGA ANDA

* Tiba sekurang kurangnya 30 minit sebelum temu duga di adakan
* Bagi salam kepada panel temu duga
* Dengar dengan teliti semua soalan dan beri jawapan yang bernas
* Jika anda tidak faham soalan minta perjelasan
* Berbual secara terbuka, tenang dan jujur dan mengatasi sifat malu anda
* Ucapkan terima kasih pada panel tenu duga di akhir sessi.
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url