Celcom terpantas
Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly, berkata jumlah SMS dan MMS raya yang dihantar dari talian Celcom ke Celcom dan ke talian pengendali lain pada malam raya kali ini adalah lebih tinggi berbanding 74 juta SMS ucapan yang dicatatkan ketika malam tahun baru 2008.
“Paling menarik jumlah SMS dan MMS raya yang dihantar melalui rangkaian Celcom itu juga yang terpantas iaitu kurang tujuh saat bagi setiap SMS yang dihantar menjadikannya lebih banyak SMS dapat dihantar.
“Jumlah ini membuktikan Celcom bukan saja menjadi rangkaian mudah alih terpantas dalam penghantaran mesej SMS raya, malah sistem kami boleh dianggap paling cekap dengan jumlah SMS raya mencecah 124 juta sepanjang dua malam,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurutnya, SMS raya yang dihantar segera itu hasil kecekapan rangkaian Celcom dan membuktikan kedudukannya dalam Indeks Kepuasan Pengguna (CSI) dalam laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tahun lalu.
Sementara itu, Naib Presiden Komunikasi Korporat Celcom, Datuk Najmuddin Abdullah, berkata jumlah SMS dan MMS raya yang meningkat dihantar pengguna pascabayar dan prabayar membuktikan syarikat komited memberikan nilai tambah kepada pelanggan.
“Sempena perayaan ini, kami memberikan kelebihan kepada pelanggan supaya dapat bersama-sama menikmati sambutan raya,” katanya.
Pelbagai kandungan berkaitan raya boleh dipindah turun secara online dalam telefon bimbit termasuk nada dering, wallpaper dan tazkirah manakala dalam kategori logo operator pula, pengguna boleh memindah turun aneka kartun raya, logo raya, balik kampung dan sebagainya bertujuan memeriahkan hiasan skrin telefon anda.
Malah, perkhidmatan itu juga diperluaskan apabila menjadi peranti kepada umat Islam di Selangor membayar zakat fitrah menerusi SMS Celcom yang disalurkan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).