JPA3 jadi JPAM elak kekeliruan

Jabatan Pertahanan Awam kini menggunakan singkatan nama JPAM dan tidak lagi JPA3.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid berkata pertukaran akronim itu bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai.

“Jabatan Pertahanan Awam masih mengekalkan nama asal, namun angka 3 ditukar kepada Malaysia untuk menjadikan singkatan nama jabatan itu kini sebagai JPAM.

“Nama singkatan JPA3 menimbulkan kekeliruan kerana ada beberapa jabatan lain turut menggunakan singkatan seperti itu iaitu Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan Penerangan Awam.

“Ramai yang bertanya kenapa mesti ada nombor iaitu JPA3, bukan JPA1 atau JPA2 dan apakah fungsi nombor di belakangnya. Kami mahu JPAM dikenali dengan sekali sebutan sahaja,” katanya kepada pemberita pada Majlis Mesra Aidilfitri bersama kakitangan dan anggota JPAM Kelantan di Kota Bharu.

Beliau berkata, Majlis Tertinggi JPAM meluluskan penggunaan akronim baru itu yang berkuat kuasa serta-merta.

— Bernama
Next Post Previous Post
1 Comments
  • rOhock
    rOhock Selasa, 21 Oktober 2008 pada 10:40:00 PG SGT

    celcom takde kew nak bagi kredit pwee....hahahahah...gurau je,anyway,hai...

Add Comment
comment url