Diharuskan bayar fidyah jika tak dapat berpuasa
Bagaimanapun kelonggaran diberikan kepada mereka yang sakit dan golongan yang bermusafir. Mereka dibenarkan berbuka, tetapi kemudian wajib berpuasa ganti sebanyak hari yang dia tinggalkan pada hari lain.
Kepada mereka yang tidak berdaya berpuasa atas alasan sakit yang berterusan atau terlalu uzur (sangat tua umpamanya), maka wajib membayar fidyah.
Bayaran fidyah ialah memberi secupak makanan pada orang miskin bagi setiap satu hari puasa yang ditinggalkan. Membayar fidyah pula hendaklah disegerakan.
Menurut al-Quran, memberi lebih daripada sepatutnya adalah lebih baik. Al-Quran juga mengingatkan berpuasa lebih baik daripada membayar fidyah.
“(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan fidyah, maka itu adalah satu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (al-Baqarah:184)