Sabar Dan Mengeluh
(Riwayat al-Hakim)
Huraian :
1. Ujian adalah seiringan dengan perjuangan. Oleh itu ia tetap memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqamah.
2. Ujian dijadikan Tuhan untuk mengukur sama ada keimanan seseorang itu kepada Allah dan seluruh ajaranNya adalah benar
dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan
atau hanya terhenti setakat di mulut sahaja.
3. Umat Islam akan diuji dengan lima perkara iaitu
* saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya,
* orang munafiq yang sentiasa membencinya,
* orang kafir yang sentiasa memeranginya,
* syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya
* bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya.
Semuanya ini menuntut kesabaran dan di dalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT.
4. Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan ia merupakan perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana dengan mengeluh akan membuatkan semangat menjadi lemah dan terbitnya perasaan kecewa dan putus asa sedangkan Allah SWT berfirman dengan maksudnya "Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan". (al-Insyirah:6)
5. Tanpa masalah atau ujian tidak akan wujud kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan.