Top Ad 728x90

AmBank perkenal kad kredit Ambank True Visa

Ambank (M) Bhd. (Ambank) menjangka dapat menarik lebih 50,000 pelanggan bagi kad kredit terbarunya, Ambank True Visa dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Pengarah Urusan Perbankan Runcit Ambank, Datuk Mohamed Azmi Mahmood berkata, sasaran itu mampu dicapainya meskipun dalam persekitaran ekonomi semasa yang agak sukar sekarang kerana produk itu menawarkan penjimatan kos serta memudahkan pengurusan kredit masing-masing.

Beliau berkata, konsep kad kredit yang dikenali sebagai no frills (tanpa bebanan) yang pertama seumpamanya di negara ini menawarkan kadar faedah tahunan sebanyak 12 peratus, antara kadar yang terendah dalam industri melalui rebat wang tunai sebanyak 0.5 peratus.

Kadar faedah yang ditawarkan dalam industri kini adalah 18 peratus.

"Selain kadar faedah yang rendah, pelanggan juga akan menikmati kadar pengenalan sebanyak kosong peratus bagi semua belian runcit dalam tempoh tiga bulan pertama sahaja," katanya selepas majlis pelancaran Ambank True Visa, di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengurus Negara Visa International (Asia Pacific) Ltd., Stuart Tomlinson, Pengurus Besar Ambank (Perkhidmatan Kad), Pery Ong dan Pengarah Eksekutif Ambank, Mahdi Murad.

Mengulas mengenai kad kredit itu, Mohamed Azmi berkata, antara keunikannya ialah pelanggan kad kredit tersebut tidak akan dibebani dengan kedatangan pelbagai bil setiap bulan kerana ia akan dilaksanakan melalui Internet dan mereka juga tidak akan diganggu dengan tawaran mata ganjaran bagi transaksi pembelian yang dilakukan melalui kad kredit berkenaan.

Tambah beliau, kad kredit itu turut ditawarkan di bawah operasi perbankan Islam iaitu AmIslamic Bank yang mana ia bersesuaian bagi mereka yang ingin menikmati simpanan melalui produk yang berlandaskan syariah.

Lebih menarik lagi, kad kredit yang disasarkan kepada kumpulan berpendapatan sederhana yang berumur antara 30 hingga 40 tahun itu juga merupakan kad kredit pertama di rantau ini yang memiliki teknologi rim berwarna pada kad tersebut.

Melalui teknologi itu, warna pada kad kredit tersebut kelihatan lebih menarik daripada kad kredit biasa di pasaran.

Selain itu, Mohamed Azmi berkeyakinan untuk mencatat pertumbuhan dua digit bagi segmen kad kreditnya tahun depan meskipun industri perbankan tempatan dijangka menerima impak daripada kelembapan ekonomi negara ketika itu.

Buat masa sekarang, sumbangan daripada segmen tersebut kepada perolehan kumpulan adalah antara 15 hingga 20 peratus dan pelanggan kad kreditnya

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90