Top Ad 728x90

Aspek pergerakan dalam Asana Yoga


Aspek fizikal di dalam amalan yoga digelar Asana Yoga. Berdasarkan maklumat Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), enam contoh senaman asana adalah:

Padmasana

Seorang duduk bersila di atas lantai. Kaki kanan di atas paha kiri dan kaki kiri di atas paha kanan. Tapak tangan di atas lutut kanan dan tapak tangan kiri di atas lutut kiri. Ibu jari menyentuh jari telunjuk. Inilah yang sering dilihat di televisyen.

Erti Padmasana ialah kedudukan teratai. Di kalangan Hindu, bunga teratai adalah simbol keheningan, kejernihan dan keyakinan diri. Bunga teratai juga menjadi simbol kepada anggota kemaluan perempuan. Padmasana adalah imbangan sempurna seperti bunga teratai terapung di atas air kolam yang tenang.

Yuga-Mudra, simbol sujud seseorang kepada tuhan Hindu

Cara duduknya, bersila sama seperti seperti duduk Padmasana. Tarik nafas dengan mendalam, kemudian hembuskan. Tunduk perlahan-lahan ke hadapan sehingga dagu dan mulut mencecah lantai. Dua belah lengan angkat ke atas, kedua belah tangan berpegangan.

Kekalkan dalam keadaan begitu seberapa lama yang boleh tanpa menarik nafas, kemudian tarik nafas dan angkat badan perlahan-lahan sehingga tegak seperti kedudukan asal serta hembuskan nafas. Yoga-Mudra ini amat jelas membabitkan perkara agama atau ketuhanan.



Matsyasana - kedudukan ikan

Duduk sama seperti Padmasana juga. Rebahkan badan ke belakang, angkat dada ke atas supaya bahagian tengah kepala dapat mencecah lantai. Tangan kanan memegang kaki kanan dan tangan kiri memegang kaki kiri. Bernafaslah seperti biasa dan jangan ada paksaan.


Padmasana cara Gheranda Saniluta

Duduk bersila sama seperti Padmasana; kedua tangan silangkan ke belakang dan pegang jari ibu kaki yang bersilang itu dengan kuat (jari ibu kaki kanan dengan tangan kanan dan jari ibu kaki kiri dengan tangan kiri); tundukkan kepala sehingga sampai ke dagu serta tekankan dagu itu ke dada serta mata melihat batang hidung'.



Vajraana menyerupai duduk tasyahhud dalam solat Islam, punggung duduk di atas tumit dan paha di atas labu betis.


Garudasana Garuda nama burung khayalan berkepala rupa manusia tunggangan tuhan Vishnu bila dia mahu naik ke langit.

Vishnu biasanya digambarkan dengan bunga teratai. Cara melakukan Garudasana hendaklah berdiri tegak dengan sebelah kaki kanan memijak kuat di atas lantai. Sekarang angkat kaki kiri, paha kiri jadi bersilang dengan paha kanan.

Belakang betis kiri dan kaki membelit betis kanan 'seperti akar membelit pohon'. Cara sama dilakukan ke atas lengan, sebelah lengan membelit lengan sebelah lagi. Tapak tangan menyentuh satu sama lain. Tangan terletak di hadapan muka. Kedudukan kaki dan tangan hendaklah bertukar ganti.

Pengharaman senaman yoga oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia yang bersidang pada 22 hingga 24 Oktober lalu, bukan dibuat secara 'suka-suka' sebaliknya demi memelihara akidah umat Islam.

Justeru, adalah menyedihkan apabila ada umat Islam mempertikaikan fatwa itu yang diputuskan selepas mengkaji dan meneliti hujah serta pandangan berkaitan yoga daripada masyarakat Hindu.

Ahli muzakarah berpendapat yoga yang menggabung amalan fizikal, unsur keagamaan, mantera dan pemujaan bagi mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya, penyatuan diri dengan tuhan atau tujuan lain adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah umat Islam.

Hakikatnya, bukan yoga saja diharamkan kerana keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan adalah mengharamkan apa juga bentuk amalan bertentangan syariat Islam sementara amalan fizikal lain tidak menyalahi syariat tidak menjadi kesalahan.

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90