Top Ad 728x90

ASTRO tumpu program pendidikan

ASTRO, operator TV satelit berbilang saluran 'Terus ke Rumah' melancarkan Kampus Astro sebagai inisiatif strategik untuk menyediakan kandungan dan pengalaman pendidikan serta maklumat bertaraf dunia yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.

Astro percaya syarikat berada pada kedudukan amat sesuai untuk menyokong inisiatif kerajaan dalam merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat agar lebih ramai rakyat Malaysia menikmati kandungan penggunaan lebih baik kepada pendidikan bermutu.

Menerusi Kampus Astro, operator TV satelit ini juga berhasrat menyediakan rakyat Malaysia dengan pengalaman pembelajaran yang merangsangkan melalui program pembelajaran sepanjang hayat menerusi acara dan pengalaman sebenar, pengetahuan am daripada saluran pembelajaran bertaraf dunia dan aktiviti masyarakat.

Komponen utama Kampus Astro ialah inisiatif tanggungjawab korporat di mana Astro komited menyediakan PVR, iaitu set TV dan akses kepada kandungan pembelajaran antarabangsa dan tempatan kepada lebih 10,000 sekolah rendah dan menengah kerajaan di seluruh negara.

Rancangan selama tiga tahun ini akan bermula di Sabah dan Sarawak pada awal tahun 2009 bertujuan untuk memastikan sesetengah sekolah di kawasan terpencil yang sebelum ini tidak dapat menerima sebarang pancaran TV akan mendapat kandungan pembelajaran di TV melalui teknologi satelit Astro.

Pelancaran rasmi Kampus Astro dilakukan oleh Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 18 November lalu.

Turut hadir di majlis pelancaran itu ialah Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Halim Shafie, Pengerusi Astro All Asia Networks, Datuk Badri Masri, Naib Pengerusi Eksekutif Astro All Asia Networks, Ralph Marshall dan Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Rohana Rozhan.

Dalam ucapannya ketika melancarkan Kampus Astro, Shaziman berkata Astro sudah berjaya meletakkan kedudukannya sebagai peneraju sistem TV satelit Terus ke Rumah untuk memberi rakyat Malaysia kepada kandungan dan pengalaman pendidikan serta dan pembelajaran bertaraf dunia.

“Ini membantu mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar dengan luar bandar. Saya gembira dengan pendekatan Astro yang prihatin dalam membangunkan Kampus Astro, ” katanya

Sementara itu, Badri pula berkata, Astro akan terus memberi nilai tambah kepada penonton TV rumah di Malaysia kerana pihaknya kami berada dalam kedudukan unik untuk meningkatkan mutu kehidupan rakyat melalui kandungan antarabangsa dan tempatan yang terbaik, kandungan sukan yang premium dan kini kandungan pembelajaran sepanjang hayat terbaik yang diperoleh di peringkat antarabangsa dan tempatan.”

Mengulas perkara yang sama, Rohana berkata, Astro berhasrat untuk terus memperbaharui nilai yang disediakan agar terus relevan dengan seluruh rakyat Malaysia.

“Di Astro, kami mendengar pendapat pelanggan kami untuk lebih memahami keperluan mereka. Pengguna Malaysia adalah antara kumpulan yang paling sofistikated di rantau ini dan meminta kandungan antarabangsa dan tempatan yang terbaik termasuk rancangan sukan premium.

“Mereka juga menunjukkan minat yang mendalam terhadap kandungan pembelajaran dan pendidikan seperti yang ditunjukkan oleh kadar langganan yang tinggi dan konsisten bagi pakej pembelajaran kami iaitu hampir 80% daripada jumlah pangkalan pelanggan kami,” katanya

Menurutnya, Astro juga berhasrat untuk memainkan peranan utama sebagai sumber pembelajaran sepanjang hayat yang berterusan untuk rakyat Malaysia daripada semua peringkat umur.

Sehubungan itu, Astro mengalu-alukan pelanggan dan penonton untuk menikmati cara pembelajaran yang baru melalui pengalaman pembelajaran yang merangsangkan di Kampus Astro.

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90