Indonesia tak haram yoga

Majlis Ulama Indonesia (MUI) tidak akan mengikut langkah Malaysia yang melarang aktiviti yoga kerana tidak mengetahui seluas mana amalan senaman berkenaan diamalkan di sini.

Timbalan pengerusi MUI, Umar Shihab, berkata pihaknya akan menjalankan satu kajian sebelum mengeluarkan sebarang arahan untuk melarang senaman yoga terbabit, lapor The Jakarta Post, semalam.

“Ia OK jika hanya untuk bersukan. Saya rasa kita boleh benarkan di sini. Tetapi, saya tidak tahu jika terbukti ia boleh menjejaskan kepercayaan umat Islam atau mengandungi unsur menyembah tuhan lain,” katanya.

Umar berkata, MUI tidak pernah menjalankan kajian mengenai yoga kerana tiada aduan umum mengenainya.

Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia, Sabtu lalu, mengeluarkan satu fatwa melarang umat Islam mengamalkan yoga kerana menyifatkan senaman fizikal India itu mengandungi elemen Hindu dan boleh memesongkan akidah mereka.

- Agensi
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url