Kereta Korea untuk rakyat Korea

Banyak negara mengeluarkan kereta nasional hari ini. Jika Malaysia dengan Proton dan Perodua, Jepun pula dengan kenderaan Honda dan Toyota, Amerika Syarikat (AS) dengan Ford dan GM, China dengan Chery manakala India dengan Tata serta banyak lagi di benua Eropah.

Sesebuah negara mengeluarkan kenderaan buatan tempatan untuk pelbagai faktor antaranya keperluan domestik, pembangunan industri sokongan, kebanggaan anak tempatan selain sebagai enjin pertumbuhan ekonomi.

Di antara kesemua pembuat kereta nasional itu, terserlah keunikan dan kelebihan pada pengeluar kereta buatan Korea yang memasarkan pelbagai jenama kenderaan beridentitikan Korea menerusi jenama Hyundai dan Kia yang juga mendapat tempat di pasaran tempatan.

Berdasarkan pemerhatian penulis semasa berada di Korea Selatan bagi menyertai delegasi Malaysia dalam program pertukaran wartawan di kalangan negara ASEAN, boleh dikatakan 85 peratus kenderaan yang berada di atas jalan raya adalah kenderaan buatan tempatan.

Amat jarang sekali penulis melihat kenderaan berjenama luar seperti BMW, Mercedes Benz atau Volkswagen menjalar di atas jalan raya di Korea, sebaliknya jalan raya di ibu negara Korea Selatan itu dipenuhi kereta, jip, kenderaan pacuan empat roda, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kenderaan utiliti sport (SUV) berjenama seperti Hyundai, Kia, GM Daewoo dan SsangYong.

Benarlah seperti yang pernah diberitahu oleh Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad sebelum ini mengenai kesetiaan rakyat Korea Selatan terhadap jenama kenderaan buatan tempatan yang begitu kuat sehingga rakyat negara itu yang membeli kereta asing dianggap pengkhianat.

"Jika rakyat Korea Selatan nampak jiran atau rakan sekerja memandu kenderaan asing, pastinya mereka akan mencebik dan bagi yang agak kasar, mereka mengutuk dengan bahasa yang agak kasar.

"Namun berbeza dengan rakyat Malaysia, walaupun kereta buatan tempatan masih mendominasi jalan-jalan raya di negara ini, orang tempatan masih berminat dengan kereta asing jika mampu membayar harganya," katanya kepada Mingguan Malaysia baru-baru ini.

Sememangnya rakyat Korea boleh berbangga dengan industri automotif tempatan kerana sektor tersebut berada di tempat kelima di dunia dari aspek jumlah pengeluaran dan keenam dari segi jumlah eksport.

Sejak jumlah pengeluaran domestiknya melepasi paras sejuta unit kenderaan pada tahun 1988, industri yang diasaskan menerusi aliran teknologi proses pemasangan komponen kenderaan buatan Jepun dan AS itu berkembang pesat ke seluruh dunia dan diakui dari aspek rekabentuk, pretasi dan teknologi permotorannya.

Sebenarnya, industri automotif Korea bermula pada bulan Ogos 1955 apabila Choi Mu-seong bersama tiga adik-beradiknya mengeluarkan kereta pertama bergelar Sibal yang menjurus kepada pembangunan Kyeongseong Precision Industry yang kemudiannya menukar nama kepada Kia Industry.

Kini, industri automotif Korea terus berkembang pesat dengan Hyundai Motor Company mengeluarkan kereta penumpang model Stellar, Presto, Scoupe, Elantra, Entourage, Getz, Sonata, Grandeur dan Dynasty selain SUV seperti Santa Fe, Hyundai Veracruz, Trajet, Tucson, Terracan, Hyundai Galloper dan Hyundai Santamo.

komersial

Kia Motor Company pula yang merupakan anak syarikat Hyundai mengeluar serta memasarkan kereta penumpang seperti Avella, Brisa, Capital, Concord, Potentia, Sephia/Mentor dan Pride dan SUV seperti Sportage, Bongo, Besta, Wide-Bongo, Power-Bongo, Rocsta dan Ceres.

GM Daewoo pula mengeluarkan kereta penumpang model Daewoo Chairman, Daewoo Gentra, Damas/Labo, Espero, Maepsy (Maepsy-na), Istana, Kalos, Korando, Lacetti, Lanos, Leganza, LeMans, Magnus, Matiz, Musso, Nexia, Nubira, Prince, Rezzo, Royale Prince, Royale Salon, Statesman dan Tico serta kenderaan komersial lain antaranya Elf, Daewoo Truck, Daewoo Chasedae Truck, Daewoo BM090, Daewoo BS090 dan Daewoo BF101/105.

SsangYong Motor Company juga mengeluarkan kereta penumpang Rodius (Stavic), Rexton, Musso, Musso SUT, SsangYong Actyon dan kenderaan komersial seperti SY Truck dan Transstar.

Sebuah lagi firma automotif Korea iaitu Renault Samsung Vehicles mengilang model Samsung SM3, Samsung SM5, Samsung SM7, Samsung SV110 dan Samsung Truck.
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url