Kikis Sikap Suka Mengumpat

Boleh dikatakan kebykkan drpd kita biasa mengalami masalah diumpat. Ada juga di kalangan kita sendiri yg suka mengumpat. Kita biasa mendengar ttg brg siapa yg mengumpat, ia umpama memakan daging saudara/i sendiri bukan?. Begitu hebat sekali kesannya apabila seseorg itu melakukan perbuatan mengumpat. Perbuatan ini adalah perbuatan yg boleh dikategorikan sbg hina dan keji tetapi mengapa masih ada di kalangan kita suka sangat melakukannya?.

Kebiasaanya org yg suka mengumpat menganggap apa yg dilakukan atau disampaikan adalah cerita yg benar lg sahih tetapi hakikatnya apa yg diceritakan adalah lebih kepada cerita yg mengaibkan seseorg. Perbuatan ini adalah tidak wajar. Perkara yg aib tidak boleh dijaja. Cuba fikirkan ttg org yg difitnah. Malahan, undang2 Malaysia juga mempunyai akta ttg fitnah.

MENGAPA INI TERJADI?

Selalunya ia akan bermula dgn sikap menokok tambah sewaktu menyampaikan sesuatu cerita bg menyedapkan sesuatu cerita. Pada mulanya ianya lebih kpd suka2 tetapi lama kelamaan ianya menjadi tabiat dan menjadi seperti satu sikap yg menjadi darah daging dan sebati dgn diri yg seterusnya sukar dibuang. Mungkin pada awalnya, kita suka menjadi seperti 'nasi tambah'. Bagi menyedapkan sesuatu cerita itu, kita tambah pula dengan cerita yg tidak benar. Pada waktu itu mungkin niat kita sekadar utk mendapatkan perhatian dan menyedapkan perbualan kita tetapi akhirnya melukai hati org lain. Seronok memang seronok apabila setiap daripada rakan kita mendengar dgn khusyuk apa yg diceritakan. Pada ketika itu kita tidak memikirkan akibatnya. Apa yang lebih penting, kita mempunyai rakan yg ingin mendengar cerita kita itu. Memang seronok apabila memperkatakan org lain. Namun bagaimana pula jika apa yg berlaku adalah sebaliknya?. Pasti kita sendiri tidak seronok jika ada org lain mengumpat ttg diri kita sendiri.

CARA MENGATASI

Bagaimana untuk mengikis sikap mengumpat ini?

Langkah yg pertama yg harus dilakukan adalah... ... ... ... .BERSOLAT.
Mohon ampun dan berdoa agar diampunkan segala apa yg pernah anda lakukan. Jika sebelum ini kita mengumpat pada rakan kita. Jumpa bersua muka dan ceritakan apa yg telah anda lakukan. Mohon ampun, jika tidak anda sendiri akan merasa bersalah seumur hidup.

Langkah seterusnya, jauhkan diri anda dgn aktiviti2 yg melibatkan perbualan kosong. Cuba jauhkan diri anda, jika tidak anda akan terjerumus kembali terhadap tabiat lama. Mungkin sebelum ini anda memang seorg yg suka bercakap. Cuba pindahkan topik yg kebiasaan bercakap mengenai seseorg. Berpindah kpd topik yg lebih kpd ilmiah.

Jika berborak, lebihkan kpd perkara2 yg boleh memajukan diri. Jika rakan anda yg cenderung ke arah sesuatu topik yg memperkatakan ttg sesorg, lebih baik anda cuba menghentikannya. Cuba nasihat rakan anda tetapi jika tidak boleh, anda sahajalah yg perlu beredar dari tempat itu.

Jadikan matlamat diri untuk tidak mengumpat. Jika masih suka memperkatakan ttg seseorg, cuba pindah kpd yg positif iaitu lebih kepada perkara yg memuji seseorg ttg apa yg dilakukan. Mula praktikkan, pastikan apa sahaja yg keluar daripada mulut anda adalah perkara2 yg baik2 sahaja.

Anda boleh mengubah sikap mengumpat. Sikap yg suka mengumpat kepada sikap yang suka memuji. Fikirkan akibatnya dan bukan keseronokkannya. Fikirkan juga bahawa sampai bila anda ingin mencari musuh. Hakikatnya, seseorg yg suka mengumpat itu akan meramaikan lagi musuhnya.
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url