Top Ad 728x90

Tarikh Melihat Anak Bulan Zulhijjah - 27 November 2008

Tarikh melihat anak bulan Zulhijjah bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini ditetapkan pada petang Khamis, 27 November ini bersamaan 29 Zulkaedah 1429 Hijrah.

Lokasi melihat anak bulan Ramadan yang telah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja ialah Pontian Kecil di Johor, Balai Cerap Al-Khawarizmi di Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Menara Kuala Lumpur di Kuala Lumpur; Bukit Melawati di Kuala Selangor, Pulau Angsa di Daerah Kuala Selangor dan Bukit Jugra, Banting di Selangor.

Lokasi lain ialah Pantai Pasir Panjang, Mukim Pangkalan Baru Daerah Manjong di Perak; Pantai Acheh di Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Pemandangan Indah di Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah serta Kuala Sungai Baru di Simpang Empat, Perlis; Bukit Besar di Kuala Terengganu, Bukit Kemuning di Kemaman, Pulau Perhentian di Besut dan Balai Cerap Universiti Darul Iman Malaysia (UDM-KUSZA) di Setiu, Terengganu.

Kawasan lain ialah Bukit Peraksi di Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling di Kuala Krai dan Menara Bangunan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri di Kota Baharu di Kelantan; Menara Universiti Malaysia Sabah bagi kampus Antarabangsa Labuan, Tanjung Dumpil di Sabah; Tanjung Lubang di Miri, Teluk Bandung di Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak.

Lokasi lain adalah Bukit Tanjung Batu di Nenasi, Gunung Berincang di Cameron Highlands dan Bukit Pelindong di Kuantan, Pahang dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya.

Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Aidiladha adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Aidiladha yang ditetapkan melalui Radio dan Televisyen.

— BERNAMA

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90