Solat Jamak Dan Qasar

mula2 sekali kita mestilah tahu apa erti musafir, bermukim dan bermastautin.

mastautin

- keberadaan kita di tempat tinggal kita/kampung halaman kita.

bermukim

- tempat persinggahan atau tempat tinggal sementara dalam tempoh melebihi 3 hari (dengan yakin akan tinggal lebih 3 hari) yang jaraknya melebihi 2 marhalah (92 km lebih kurang) dari kampung halaman kita.

musafir

- peninggalan/pengembaraan kita ke suatu tempat yang melebihi 2 marhalah (92 km). 'musafir' dikira sebaik sahaja kita meninggalkan kampung atau tempat yang kita duduki dengan melintasi kawasan yang menjadi jarak perpisahan dengan kampung lain, contohnya melintasi jambatan, deretan bangunan dan seumpamanya. dalam perjalanan ke tempat yang kita tuju, kita tetap dikira musafir walaupun beberapa hari lamanya. setelah kita sampai di tempat yang kita tuju itu, ada tiga masalah;

a) jika kita berniat untuk tinggal di tempat itu melebihi tiga hari, maka sebaik sahaja sampai di situ (kampung/tempat) yakni sampai ke garisan atau masuk ke kawasan yang dikatakan kawasan kampung itu, status kita bukan musafir lagi. dah jadi bermukim. maka, hilanglah kelonggaran untuk jama' dan qasar.

b) jika kita berniat untuk tinggal tidak lebih dari tiga hari, maka kita boleh menjama'kan solat atau menqasarkannya walaupun telah sampai dan berada di tempat/kampung itu.

c) jika kita berniat untuk tinggal tiga hari sahaja tetapi dengan sebab urusan tak selesai, maka berlanjutan kita di situ melebihi tiga hari. jika kita tak boleh tentukan berapa lama lagi tempoh untuk kita tinggalkan tempat itu maka kita boleh menjama'kan solat atau menqasarkannya walau berminggu-minggu lamanya.

- tiga hari tempoh musafir itu dikira setelah kita sampai ke tempat yang kita tuju itu. maknanya hari pertama atau hari dalam perjalanan tu tak dikira la. begitu jugak hari kita bertolak nak pulang ke rumah kita, tak dikira dalam tempoh tiga hari tu. dengan kata lain, kalau kita yang berada di kota bharu nak ke gua musang selama 3 hari bermula pada 1 hb, 2 hb bulan dikira hari pertama, 3 dan 4 masing2 hari kedua dan ketiga. 5 hb kita kembali ke kota bharu, 1-5 hb tu kita boleh jama' atau qasar sehinggalah kita sampai di kampung kita di kota bharu. perlu diingat, bermulanya hari baru dalam islam dikira setelah masuk waktu maghrib, bukan pukul 12 malam.

sedikit berkenaan qasar dan jama'. jama' maknanya gabung. solat jama' maknanya menggabungkan dua waktu solat dalam satu waktu. jama' hanya boleh dibuat bagi solat maghrib dengan isyak dan zohor dengan asar. subuh tak boleh dijama' dengan mana2 waktu lain. qasar pula kurang. solat qasar maknanya mengurangkan rakaat 4 kepada 2 rakaat. hanya solat zohor, asar dan isya' sahaja yang boleh diqasarkan. magrib dan subuh tak boleh. jama' qasar pula ialah 2 solat yang kita gabungkan dalam satu waktu dan dikurangkan rakaat2nya. contohnya kita jama' asar ke dalam zohor dengan melakukan zohor dua rakaat dan asar juga dua rakaat.

jenis2 jama'

jama' ada dua jenis. jama' takqdim dan jama' takkhir. taqdim bermakna mendahulukan. jama' taqdim bermakna menggabung solat asar dalam waktu zohor atau menggabungkan solat isyak dalam waktu maghrib. takkhir pula bermakna mengakhirkan. jama' takkhir bermakna menggabungkan solat zohor dalam waktu asar atau solat maghrib dalam waktu isyak.

jika ingin solat jama' taqdim, zohor dengan asar maka zohor perlu didahulukan kebmudian diikuti asar. begitu juga dengan maghrib dan isyak, maghrib perlu didahulukan. dengan kata laian, kalau jama' taqdim, tuan waktu perlu diutamakan. tetapi, kalau solat jama' takkhir, kita boleh nak mendahulukan yang mana-mana. seeloknya tuan waktu dulu lah.

tidak menjadi masalah kalau kita nak jama' zohor 4 rakaat dengan asar 2 rakaat. begitu juga sebaliknya. sebagai contoh kita solat berjemaah ikut imam kita kena ikut imam, kalau empat, empatlah. lepas tu kita nak jama' sorang2, kita boleh buat 2 rakaat lepas tu. tak jadi masalah.

jika kita niat solat 2 rakaat (qasar) ikut imam, tapi imam solat 4 rakaat, maka kita kena ikut imam. tapi jika kita solat ikut imam niat genap 4, tapi imam solat 2 rakaat, maka kita kena genapkan 4 rakaat.

cara nak buat solat qasar atau jama' atau jama' qasar.

qasar

- masa kita berdiri nak solat tu, tengah hadap ke kiblat tu kita niat aku nak solat asar (contoh) qasar. lepas takbirratul ihram. jika kita niat macam tu pun dah sah solat kita tanpa niat dalam takbirratul ihram seperti kita diajar sebagaimana masyarakat di negara kita. ini adalah hasil kesimpulan yang saya buat dari pengajian ke empat2 mazhab ahli sunnah waljamaah. cara ini tidak menyusahkan kita, tidak menjerumuskankita kepada penyakit was was semasa takbir ratul ihram.dengan niat macam tu kita pun solatlah 2 rakaat. selesai...

jama'

- contoh macam ni... kita nak jama' asar dalam zohor,kita hanya solat zohor macam biasa.kita hanya perlu niat nak jama' semasa takbiratul ihram atau di antara takbir hingga sebelum bagi salam. boleh pilih nak niat tempat mana2 pun. hanya perlu niat, lepas ni aku nak solat asar. lepas je selesai solat zohor, bangun angkat takbir solat asar terus. jangan berenggang lama. sekadar iqamat tu takpe. kalau boleh tak payah. selesai je, solat asar terus. begitu jugalah dengan solat2 jama' yang lain.

jama' qasar

- takde banyak perbezaan, cuma kurangkan yang empat rakaat tu jadi 2 je. kalau jama' maghrib ngan isyak dalam waktu isya', kita solat isyak 2 rakaat dengan niat qasar terlebih dahulu, kemudian sebelum bagi salam tu niat aku nak solat maghrib lepas ni. selesai solat isyak, solat maghrib terus. kalau nak jama' zohor dalam waktu asar, solat asar 2 rakaat, selepas bagi salam, solat zohor dua rakaat pula. niatnya macam yang lain juga. taqdim atau takkhir tak perlu disebut dalam niat.

perlu diingat

- jika ingin jama' takkhir, dalam baki2 waktu solat pertama tu, kenalah niat nak jama' dalam waktu akan datang. kalau solat zohor, dalam tempoh masa waktu zohor tukita kena ada niat nak nak jama'kannya dalam waktu asar. kalaukita leka dalam waktu zohor, tau2 dah waktu asar,kita pun nak jama'kan dia, tak boleh.kita hanya boleh qasar asar dan gantikan yang zohor tu.kita boleh juga qasar solat qadha masa musafir. qadha ni berdosa tetap berdosa, cuma hutang terlangsai. itu saja. lain la kalau kita tertidur atau pitam sehingga terlepas waktu solat. kalau sebab leka atau sebab2 lain, memang berdosa . ganti tetap kena ganti.
Next Post Previous Post
2 Comments
  • decaprieza
    decaprieza Rabu, 24 Disember 2008 pada 4:58:00 PTG SGT

    askum..mr adha..info yang amat berguna..saya ni selalu musafir..kadang2 confius jugak tentang kiraan hari musafir...klu nk minta kepastian kat sape ye?

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Selasa, 13 September 2022 pada 1:49:00 PTG SGT

    Mohd.farhan fadly soalan : batalkah solat jamak apabila dalam jarak masa musafir melakukan persetubuhan?

Add Comment
comment url