Bukan Cinta Biasa (Bab 3)

Irmisa duduk tersandar di kepala katil. Dia bagaikan tidak percaya bahawa dia kini sedang berada di atas katil pesakit di sebuah klinik. Dia memandang di sebelah kanannya, seorang wanita sedang nyenyak tidur dengan dahi dan tangannya berbalut. Kelihatan sepeti jatuh dari sesuatu tempat. Irmisa kemudian berpaling ke kiri. Ada begnya dan sehelai jaket jean hitam di situ. Irmisa mencapai jaket jean itu. Shahril. Dia menyeru nama itu perlahan. Tiba- tiba dia teringatkan lelaki itu, dan juga kawankawannya yang lain. Irmisa tertanya di mana mereka sekarang. Haikal juga. Dia juga teringatkan Haikal. Pasti Haikal sudah pulang ke rumah dan bertemu dengan keluarganya. Entah mengapa Irmisa rasa rindu untuk kembali kepada keadaan yang

dia lalui sebelum ini. “Pagi kak..” tiba- tiba Haikal muncul. Irmisa senyum manis. Nyata Haikal masih belum hilang dari hidupnya. “Akak dah boleh keluar hari ni” terang Haikal. Irmisa angguk perlahan. Itulah yang diberitahu doktor pagi tadi. “Saya dah telefon kawan, nanti dia akan jemput kita. Kami akan hantar akak pulang ke rumah” kata- kata Haikal membuatkan Irmisa jadi serba- salah. “Tak palah, akak balik sendiri” “Akak kan baru sihat, tak apalah kami hantarkan” kata Haikal. Mahu tak mahu Irmisa tidak dapat menolak. “Haikal... mana yang lain?” soal Irmisa. Haikal diam sebentar. “Mereka dah pergi kak” “Pergi?” Haikal angguk. “Abang Shahril cakap mereka akan lari jauh dari sini” Irmisa terkedu mendengar kenyataan itu. Hati Irmisa tidak dapar menahan sebak. Dia telah kehilangan Shahril tanpa sempat dia menyuarakan sesuatu. Shahril muncul dalam hidupnya dalam waktu yang singkat, dan lelaki itu pergi begitu sahaja. “Mereka pulangkan semula duit rompakan tu” Haikal menambah lagi. Hari ini terpampang di dada akhbar berita mengenai pemulangan semula duit rompakan RM 1.2 juta yang diletakkan di hadapan bank. Berita itu menandakan bahawa duit itu selamat dipulangkan. “Akak tahu, masa bangun pagi tadi saya rasa tak percaya kita dah ada kat luar” ujar Haikal cuba menukar kepada tajuk yang lebih seronok. Dia perasan riak wajah Irmisa tidak gembira setelah mengetahui pemergian Shahril dan yang lain. Haikal tahu Irmisa menyukai Shahril dalam diam seperti mana Shahril menyukainya. Tidak mustahil itu boleh berlaku kerana sepanjang mereka ditahan, Shahril yang paling banyak mengambil berat pasal Irmisa selain Haikal sendiri. Shahril telah menunjukkan sikap pelindungnnya terhadap Irmisa. Kasih sayang mereka lahir tanpa diungkap dengan kata- kata.

Irmisa mengukir segaris senyuman. Iya, dia sendiri pun bagai tidak percaya apabila pokok- pokok dan awam yang biasa dilihatnya sebelum ini sudah bertukar menjadi dinding dan syiling sebaik sahaja dia membuka mata pagi tadi. Tiba- tiba hati Irmisa seperti mahu pulang semula ke hutan itu. Dia mahu mencari Shahril. Dia rindukan lelaki itu.

“Masuklah” Irmisa mempelawa Haikal dan rakanya yang bernama Dhani masuk ke rumah setelah pintu dibuka. Haikal dan Dhani masuk setelah menanggalkan kasut. Irmisa sengaja membiarkan pintu rumah terkuak luas. Dia kemudaian menjemput Haikal dan Dhani duduk. “Maaflah, rumah Kak Misa buruk aja” ungkap Irmisa merendah diri. Dia tahu Haikal dan Dhani adalah anak orang berada, tak mungkin mereka biasa dengan keadaan rumah yang sempit dan buruk ini. “Eh, mana ada buruk kak, okay aja” Dhani menepis. “Akak tinggal sorang?” soalnya. Irmisa angguk. “Saya ingat akak tinggal dengan kawan” tokok Dhani. Irmisa senyum tawar. Kawan? Tiada ada istIlah itu dalam hidupnya. Ada kawan, tapi mungkin tidak seakrab Haikal dan Dhani. “Duduklah, akak ke dapur buatkan air” “Eh, tak pa kak, tak payah susah- susah. Akak kan baru sihat, rehatlah” ujar Haikal. Irmisa duduk semula. Setelah berbual untuk beberapa minit, Haikal dan Dhani meminta diri untuk pulang. Irmisa menghantar mereka setakat ke muka pintu. Setelah keduanya pergi Irmisa rasa kesunyian. Dia memerhati keadaan rumah yang sudah seminggu ditinggalkan. Rumah yang tidak memberi makna penghidupan kepadanya. Irmisa rasa hutan tempat dia ditahan itu lebih bermakna dari rumah yang sunyi ini. Irmisa mencapai jaket di atas kerusi. Dia menggenggam kolar jaket itu. Pastinya jaket ini meninggalkan kesan yang terindah dalam hidupnya. Dia amat berharap Shahril

akan kembali dalam hidupnya. Malah mungkin dalam keadaan yang lebih baik dari sebelum ini.

Haikal terlentang di atas katil sambil menghela nafas yang panjang. Penat rasanya seharian di sekolah melayan pertanyaan teman dan guru- guru mengenai kes penculikannya. Tidak cukup dengan itu, ada pula dua orang polis dan dua orang wartawan akhbar datang menemuinya di sekolah tadi bertanyakan perkara yang sama. Haikal tidak menjawap banyak setiap soalan yang diajukan. Sengaja dia berbuat begitu dan memberi alasan kepada pihak polis dan wartawan bahawa dia tidak mengecam perompak tersebut dan tidak beberapa ingat peristiwa yang dilaluinya. Lagipun Haikal fikir buat apa pihak polis masih sibuk menyiasat sedangkan duit rompakan sudah pun dipulangkan semula.

“Duduk Irmisa” Irmisa duduk di kerusi yang mengadap meja En Rosman. “Saya minta maaf En Rosman... ” Irmisa tunduk. Sebenarnya dia tidak tahu apa ayat yang sesuai untuk dia meminta En Rosman agar menerimanya bekerja di sini seperti sediakala. “Seminggu kami kehilangan khidmat awak” ujar En Rosman sambil tersenyum. Lelaki berkulit putih, bertubuh gempal itu memandang Irmisa. “ Selepas ini teruskanlah kerja seperti biasa” Irmisa agak tergamam. Kegembiraan. “Maknanya En Rosman masih nak saya kerja di sini?” soalnya. “Kenapa tidak? Mustahil saya nak buang pekerja yang rajin macam awak” tokok En Rosman. “Terima kasih En Rosman” ucap Irmisa penuh ikhlas. Kemudian dia bangun. “Irmisa..” Irmisa berpaling apabila En Rosman memanggil namanya sebelum dia keluar dari pejabat En Rosman. “Kerjalah rajin- rajin, minggu depan kemungkinan

saya tidak akan berada di sini lagi. Francais ini akan diambil alih oleh adik saya” terang En Rosman. Irmisa angguk dan menunjukkan rasa sedih. Maknanya dia akan kehilangan ketua yang baik seperti En Rosman.

“Akak tahu, dua hari lepas ada polis datang jumpa saya di sekolah” Irmisa memandang Haikal. “ Dia tanya pasal kes rompakan itu” “Haikal beritahu semua?” soal Irmisa. Haikal senyum. “Tak, mana boleh. Nanti abang Shahril dan kawan- kawannya kena tangkap. Ada pulak yang sedihkan... .” usik Haikal sambil menjeling Irmisa. “Mereka pun ada tanya pasal akak, tapi Haikal bagitau yang Haikal tak kenal akak dan kita dah tak berhubung” ujar Haikal menerangkan apa yang berlaku di sekolah apabila pihak polis datang menemuinya tempoh hari. Sudah semestinya dia tidak akan membongkarkan bahawa dia dan Irmisa masih berhubung. Dia tidak mahu pihak polis menganggu Irmisa. “ Oh, ya, akak masih kerja dekat restoren tu?” soal Haikal. Irmisa angguk disertakan sebaris senyuman. “Jadi bolehlah Haikal pergi makan kat situ hari- hari” usik Haikal. “Boleh, tapi bukan akak yang kaya” Haikal ketawa kecil. Betul tu. Yang kaya tetap pemilik restoren. “Akak tahu, Haikal ada sorang kawan yang pandai tulis cerpen” “Oh ya?” Haikal angguk. Dia menghisap air oren di dalam gelas yang sudah tinggal separuh. “Haikal ingat nak suruh dia karang satu cerita” sambung Haikal. “Cerita apa?” Haikal sengih. “Cerita tentang seorang gadis yang jatuh cinta dengan perompak bank” gurau Haikal diikuti tawa membuatkan Irmisa kemalu- maluan. “Akak tak rindukan abang Shahril?” soal Haikal. Irmisa senyum cuma. Mustahil dia tidak merindui lelaki itu.
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url