Bukan Cinta Biasa (Bab 2)

BAB 2

Haikal hairan melihat Irmisa masih lagi tidak bangun dari tidurnya. Biasanya pagi lagi dia sudah buka mata. “Kak..” Haikal menepuk bahu Imisa, cuba mengejutkan gadis itu untuk bersarapan bersama. Shahril cuma memerhati. Dia pun turut hairan kenapa Irmisa tidak bangun awal hari ini. Setelah kali kedua Haikal menyebut nama Irmisa, barulah dia tersedar. Irmisa bangkit. Dia duduk bersandar di van. “Kak Misa okey?” soal Haikal melihatkan Imisa seperti tidak bermaya. Irmisa angguk perlahan. Tapi Haikal tidak yakin dengan jawapan itu. Dia menghampiri Irmisa dan menekapkan tangannya ke dahi Irmisa. Panas. “Kak Misa demam” beritahu Haikal pada Shahril. Yang lain turut melihat. Memang wajah Imisa kelihatan lesu. “Suruh dia makan dulu, aku keluar belikan ubat” ujar Shahril pantas bangun menyusup keluar dari situ. Haikal mengambil roti dan air mineral. “Makan kak” ujarnya. Irmisa makan walaupun tekaknya terasa tidak mahu menelan. Dia menutup badannya dengan jaket Shahril. Dia terasa kesejukan. Pandi segera menyalakan unggun api lebih banyak. Dia menyuruh Irmisa duduk berhampiran unggun api tersebut. “Kesian pulak aku tengok” Zami berbisik pada Adil. Adil mengetap bibir. Tersarang rasa bersalah di hatinya kerana menculik dan membiarkan gadis itu hidup dalam keadaan begini.

Sejak dua tiga hari ini Pn Shamila langsung tidak selera makan, tidur pun tidak nyenyak. Hatinya runsing memikirkan kehilangan Haikal yang sampai sekarang masih tidak dapat dikesan. Keadaannya, kesihatannya, makannya, pakainya, selamatkah dia? Semua itu menjadi persoalan yang membuatkan Pn Shamila rasa tidak tenteram. Ibu mana yang akan duduk bersenang kalau anak kesayangan diketahui berada dalam tangan perompak. Fikiranya mula terdetik perkara yang

bukan- bukan. Kerap kali Tn Syukri menasihatkan dia supaya tidak terlalu memikirkan dan bertenang. Tapi hati seorang ayah tidak akan sama dengan hati si ibu yang melahirkan.

Shahril kembali selepas dua jam keluar. Dia mengeluarkan dua biji panadol dari poket seluar, mencapai sebotol air di depannya dan menyerahkannya pada Irmisa. “Saya rasa baik kita hantar Kak Misa ke klinik” suara Haikal sebelum sempat Shahril menyuapkan panadol ke mulut Irmisa. “Tak boleh” “Kenapa? Abang takut kena tangkap?”soal Haikal. Tiba- tiba dia rasa bengis. Pandi memandangnya tajam. “Ala, demam biasa aja, nanti sembuhlah” Zami menyampuk. “Ah, abang semua memang pentingkan diri sendiri. Sanggup biarkan Kak Misa macam ni sebab abang takut kena tangkapkan?” Shahril tidak mahu ambil pusing dengan kata- kata Haikal. “Makan ni” dia cuba menyuapkan ubat ke mulut Irmisa tetapi tangannya ditepis kasar oleh Haikal. “Abang ingat Kak Misa boleh sembuh dengan makan ubat haram ni?!!” suara Haikal meninggi. Shahril diam. Dia tunduk memandang bumi. Iya, memang ubat ni adalah ubat yang dibeli dengan duit haram, malah segala makan dan minum mereka selama ini pun datang dari duit haram, duit curi. “Kak Misa jadi macam ni sebab makan makanan haram!” Haikal bersuara lagi. Kali ini nadanya makin meninggi. Shahril terbungkam. Pandi, Adil dan Zami juga begitu. Suasana hening setelah Haikal tenang semula.

Malam itu Shahril tidak dapat melelapkan mata. Kata- kata Haikal siang tadi bagai bergema- gema di benaknya. Dia terfikir tentang kebenaran kata- kata itu. Duit haram! Duit haram! Perkataan itu mengulang- ulang difikiran Shahril. Selama ini apa yang masuk dalam perut dia dan rakan- rakannya, apa yang melekat di badan mereka

adalah datang daripada duit haram. Daripada mencuri secara kecil- kecilan sehingga mereka berani bertindak untuk melakukan rompakan besar- besaran. Hati mereka gelap kerana duit haram. “Tak dapat tidur?” tiba- tiba suara Haikal menerpa. Dia duduk di sebelah Shahril. “Saya minta maaf sebab berkasar dengan abang tadi” pinta Haikal. “Betul kata kau... ” Shahril bersuara setelah diam sejenak. “Selama ini kami hidup dengan duit haram, duit yang bukan datang dari titik peluh kami” “Aku dah buat keputusan... ” Haikal memandang Shahril tatkala kata- kata lelaki itu mati di situ. “Aku nak pulangkan balik duit rompakan tu” tegas Shahril kemudiannya. Haikal agak tergamam. Tapi dia rasa gembira. “Aku dah tak hidup macam ni” sambung Shahril lagi. “Abang nak serahkan diri pada polis?” Shahril diam. “Tidak, aku tak akan serahkan diri pada polis. Aku tak mahu dipenjarakan” “Jadi abang nak buat apa?” “Aku akan letakkan duit tu semula depan bank tu” “Kenapa abang tak serahkan pada pihak polis saja?. Abang boleh cakap yang abang jumpa duit tu dekat mana- mana, saya akan tolong abang” ujar Haikal bersungguhsungguh. Dia gembira dengan keputusan yang dibuat Shahril untuk memulangkan semula duit rompakan itu. Ini satu perubahan yang drastik dan menakjubkan. “Tidak, aku tak mahu berurusan dengan pihak polis. Aku cuma akan letakkan duit tu. Lepas itu kami akan lari jauh. Kami tak akan berada di sini lagi” “Kami macam mana?” soal Haikal. Dia memandang Irmisa yang sedang tidur berhampiran mereka. Shahril turut mencuri pandang. “Aku akan hantar dia ke klinik” Shahril bingkas bangun. Dia membuka pintu van dan menghidupkan enjin membuatkan kawannya yang lain tersedar dari tidur, Irmisa juga. “Nak ke mana?”

soal Pandi tatkala pagi buta begini Shahril menghidupkan enjin van. Shahril tidak menjawap, sebaliknya dia terus memecut meninggalkan tempat itu.

Pagi begini tidak ada banyak kenderaan di jalan raya. Shahril menyusur laju menuju ke tempat mereka membuat rompakan hari itu. Dia melihat sekeliling. Sunyi sepi. Jam di dashboard menunjukkan pukul 3.45 pagi. Shahril menuju ke belakang van dan mengeluarkan guni yang mengandungi wang sejumlah 1.2 juta. Dia mengangkatnya dan meletakkan di sebelah pintu bank. Tanpa menunggu lama Shahril memecutkan kenderaannya untuk kembali ke tempat kawan- kawannya.

“Kau ke mana?” soal Pandi sebaik sahaja Shahril sampai setelah matahari mula meninggi. Shahril berdiri sambil memandang Pandi, Zami dan Adil. Matanya berkedip. “Aku pulangkan semula duit yang kita rompak hari tu” tegasnya. Dia sangkakan Pandi dan yang lain- lain akan terkejut. Tapi sebaliknya mereka bertiga kelihatan tenang. Pandi kemudian mengangguk. Zami dan Adil juga begitu. Mereka langsung tidak membantah tindakan Shahril. Haikal tersenyum bangga. Tidak tahu dia hendak mengklafikasikan mereka berempat ini sebagai apa. “Kita hantar dia ke klinik” Shahril memandang Irmisa. Mata gadis itu sayu sekali. Mungkin terlalu lemah. Haikal bingkas memimpin Irmisa masuk ke dalam van. Mereka berempat ikut masuk. Van bewarna putih itu di bawa perlahan oleh Pandi menyusur keluar dari hutan itu.

Setelah puas mencari akhirnya mereka menemui sebuah klinik. Pandi memberhentikan van dan menyuruh Haikal membawa masuk Irmisa ke dalam klinik. Haikal menurut. “Kejap lagi aku datang” kata Shahril. Haikal angguk. Dia memimpin

Irmisa masuk ke dalam kilinik. “Aku rasa van ni tak patut ada kat sini. Kau orang balik dulu. Nanti aku akan balik sendiri” ujar Shahril. Pandi dan yang lain menangguk bersetuju. Bimbang pula kalau ada orang yang dapat mengecam van mereka. Setelah berjanji untuk berjumpa kembali, Pandi memandu van keluar dari tempat itu. Haikal membawa Irmisa duduk sementara menunggu giliran mereka dipanggil. Kemudian Shahril muncul. Dia menyerahkan kad pengenalan kepada Haikal milik Haikal dan Irmisa yang diambilnya dulu. “Ini barang kau orang” Shahril meletakkan beg dan telefon bimbit milik Haikal dan Irmisa di kerusi bersebelahan. Kemudian dia mengeluarkan beberapa keping duit dalam poketnya. “Aku tahu ini duit haram, tapi buat sementara ini, gunalah duit ni untuk bayar ubat Irmisa” bisik Shahril sambil menyuakan sejumlah wang pada Haikal. Haikal ambil tanpa banyak kata. “Aku pegi dulu” Shahril bangun. “Abang nak ke mana?” Soal Haikal. “Aku perlu pergi jauh dari sini” balas Shahril. “Kau orang dah bebas” sambungnya lagi. Haikal angguk perlahan. “Terima kasih bang” ucapnya. “Jaga diri... ..jaga Irmisa” suara Shahril perlahan sekali. Dia memandang Irmisa yang kelihatan terlalu lemah. Sudah tidak mampu bergerak atau bercakap. “Aku pergi dulu” Shahril bersuara buat kali terakhir. Matanya sayu memandang Irmisa. Hatinya tidak menentu. Langkahnya terlalu berat untuk diatur. “Jaga diri bang” pesan Haikal sebelum Shahril hilang dari pandangannya. Dia tahu lelaki itu sukar untuk mennggalkan Irmisa. Haikal tahu Shahril menaruh sesuatu perasaan pada Irmisa, cuma Shahril tidak mahu menyatakannya. Mungkin menyedari dia tidak layak untuk Irmisa. Seketika kemudian nama Irmisa dipanggil. Haikal memimpin Irmisa masuk ke dalam bilik doktor.

Haikal meletakkan semula gagang telefon ditangannya. Niatnya untuk terus menghubungi ibunya langsung terbatal. Akhirnya Haikal mengambil keputusan menelefon Dhani, kawan baiknya. Dia mencari nombor telefon Dhani dalam senarai yang berada dalam handsetnya. Dia meminta Dhani mengambilnya di hadapan klinik. Setelah menelefon Dhani, Haikal kembali semula ke dalam, pergi kepada Irmisa yang terpaksa ditahan sementara kerana kekurangan air dalam badan. Irmisa Farhana tidur sewaktu Haikal datang semula. Haikal duduk di kerusi bersebelahan katil. Dia rasa penat dan mengantuk. Setengah jam selepas itu telefon bimbitnya berdering, mengejutkan Haikal yang hampir tertidur. Dhani menelefon menyatakan dia sudah menunggu di hadapan klinik. Haikal bingkas bangun setelah mencapai begnya. “Esok Haikal datang lagi” bisiknya pada Irmisa yang sedang tidur.

Dhani melopong kagum. Macam tidak percaya mendengar cerita Haikal. Nampaknya ini pengalaman bermakna pada kawannya ini yang selama ini hanya tahu terperap dalam rumah dan bergelumang dengan buku. “ So, kau nak balik terus atau ke balai polis dulu?” soal Dhani. “Balik!” tegas Haikal sambil membetulkan cermin matanya. Dia tidak berniat lagi untuk melaporkan segala kejadian yang dia alami kepada pihak polis. Biarlah, biarlah abang Shahril, abang Pandi, abang Zami dan abang Adil itu hidup bebas. Haikal yakin, yakin dan pasti mereka berempat akan berubah menjadi orang baik- baik. Haikal yakin mereka tidak akan mengulangi perkara yang sama lagi. Akhirnya mereka sampai ke banglo milik bapa Haikal. Dhani memberhentikan keretanya di luar pagar sahaja. Dia tidak mahu menganggu Haikal buat masa ini kerana tahu kawannya itu perlukan rehat. “Oh ya, nanti kau bersedialah jawab soalansoalan kawan kita dan cikgu ya” gurau Dhani sebelum keretanya dipandu menyusur

ke keluar dari situ. Haikal cuma tersenyum. Tidak sanggup rasanya membayangkan apa yang bakal berlaku apabila dia kembali ke sekolah nanti.

Sewaktu khusyuk mencari anak kunci rumah di dalam beg tangan, Pn Shamila terpandang sepasang kasut di hadapan pintu rumah. Kasut itu kelihatan kotor dek tanah. Dia kenal itu kasut sekolah Haikal. Pn Shamila tersenyum kegirangan. Dia tahu Haikal sudah pulang. Patutlah hatinya rasa berdebar saja hari ini. Pn Shamila terus memanjat anak tangga atas setelah pintu rumah dibuka. Dia menuju ke bilik Haikal dan membuka pintu bilik Haikal dengan perasaan yang berdebar- debar. “Haikal” dia menjerit perlahan tatkala melihat tubuh Haikal yang sedang terlentok tidur di atas katil. Haikal tersedar apabila terasa dahinya dikucup berkali- kali. “Haikal anak mak” Pn Shamila tersenyum lebar. Dia memeluk Haikal. “Haikal okay? Haikal sihat?’ bertubi- tubi soalan yang datang dari Pn Shamila. Haikal senyum. “Okay mak” dia mencapai cermin matanya di atas meja bersebelahan katil. “Mereka tak apa- apakan Haikalkan? Oh, mak runsing betul” “Tak mak, mereka orang baik... mereka jaga Haikal dengan baik” Pn Shamila tersenyum lagi. Syukurlah segalanya selamat. Pn Shamila menyuruh Haikal berehat walaupun belum puas melepaskan rindu pada anak kesayangan itu. Dia mahu ke pasar, mencari bahan- bahan masakan. Hari ini dia mahu masakkan semua masakan kegemaran Haikal.

Kepulangan Tn Syukri disambut dengan senyum lebar oleh Pn Shamila. Tn Syukri berasa hairan. Sejak kebelakangan ini Pn Shamila tidak pernah mempamerkan senyuman selebar ini. Sehingga kelihatan urat- urat tua di hujung matanya. “Saya ada kejutan untuk abang” ujar Pn Shamila. Seketika kemudian dengar kereta Hamzi, anak

sulung mereka berhenti di halaman. Pn Shamila menyambut Hamzi seperti mana dia menyambut kepulangan Tn Syukri. “Hai mak, senyum aja, ada apa- apa ke?” soal Hamzi melihat ibunya tersenyum sahaja sebaik pintu dibuka. “Ada kejutan untuk kamu berdua” Tn Syukri memandang Hamzi. Dia mengangkat bahu. Hamzi senyum. Dia tahu Haikal sudah pulang- itulah kejutan yang dicakapkan oleh ibunya. Kalau tidak masakan wajah yang sejak kebelakangan ini tidak mampu pun tersenyum sekarang sudah kembali ceria. Setelah itu Pn Shamila membawa Tn Syukri dan Hamzi ke dapur. “Tengok siapa yang balik” ujar Pn Shamila. Haikal yang sedang menunggu di meja makan tersenyum. Dia bangun lantas memeluk ayah dan abangnya. Tn Syukri tidak terkata apa. Dia gembira, tetapi tidak terlalu menterjemahkan kegembiraan itu seperti Pn Shamila. Mereka berempat menghampiri meja makan. Mereka makan sambil berbual – bual banyak perkara, terutamanya tentang penculikan itu.
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url