Kontrak Sosial

DEFINISI : KONTRAK SOSIAL ialah satu bentuk pakatan atau persetujuan untuk mencapai sesuatu maksud atau tujuan antara 2 pihak atau lebih sama ada secara bertulis atau lisan.

CONTOH : Piagam Madinah iaitu perjanjian yang di antara kaum Muhajirin dan Ansar yang di ilhamkan oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Maka negara Islam pertama di dunia terbentuk. Piagam Madinah mengandungi 47 fasal yang dipersetujui.

Di Malaysia, Kontrak sosial wujud di antara orang Melayu dengan orang Cina serta India yang pada hari ini merangkumi Melayu dan Bumiputera Sabah/Sarawak.

TUJUAN :

i) ianya bertujuan untuk menyelesaikan perbezaan kepentingan diri atau kelompok masing - masing.
ii) memastikan kepentingan majoriti dan minoriti di ambil kira tanpa menjejaskan hak dan kepentingan masing-masing.
iii) memastikan persetujuan yang dicapai kekal dan diwarisi turun-temurun kerana persetujuan dianggap memenuhi kepentingan yang berpanjangan.
iv) memastikan setiap pihak yang bersetuju mematuhi dan menyampaikan kepada generasi seterusnya agar ia tidak bercanggah di masa depan.

Isi Kandungan Kontrak Sosial di Malaysia.

i) Orang Melayu menerima dan mengiktiraf orang Cina dan India sebagai warganegara. (Berasaskan prinsip Jus Soli).

ii) Orang Cina dan India mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa persekutuan.

iii) Orang Cina dan India mengiktiraf agama Islam sebagai agama persekutuan.

iv) Orang Cina dan India mengiktiraf kedaulatan Raja - Raja Melayu

v) Orang Cina dan India mengiktiraf Hak keistimewaan orang Melayu
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url