Pengurusan kad kredit

Membawa wang tunai dalam jumlah yang banyak ketika bercuti mengundang banyak risiko, Justeru ramai memilih menggunakan kad kredit. Berikut adalah panduan penggunaannya ketika bersantai sama ada bersendirian atau dengan keluarga.

1. Menyalin butiran terperinci mengenai kad kredit yang dimiliki adalah perkara paling penting tetapi sering diambil mudah oleh pengguna. Simpan maklumat seperti nombor kad, nombor digit keselamatan dan tarikh luput secara berasingan dari dompet anda.


Sekurang-kurangnya, ia memudahkan anda membuat laporan segera sekiranya kehilangan kad sekali gus mengelakkan ia digunakan pihak tidak bertanggungjawab. Selain itu, ia memudahkan anda sekiranya perlu membuat laporan polis.

2. Hubungi bank yang mengeluarkan kad dan laporkan tarikh percutian sekiranya bercadang bercuti di luar negara untuk tempoh agak lama. Ini bagi mengelakkan kad anda disekat secara tiba-tiba apabila cuba membuat pembelian di luar negara.

Sekatan terhadap kad adalah amalan biasa bank apabila mendapati transaksi luar biasa. Ini bagi mengelakkan kad yang dicuri digunakan selain mengelak kad diklon.

3. Jangan sesekali memberikan butir kad kepada orang lain termasuk pemanggil daripada syarikat pemasaran dan agensi pelancongan yang menghubungi anda. Jika ragu, hubungi bank untuk pengesahan.

Selain itu, pastikan anda menyemak butiran pembelian setiap kali membuat pembayaran menggunakan kad kredit. Ada kes pekerja di kaunter hotel meleret dua kali kad tanpa disedari.

Sentiasa ingat pemilik perlu bertanggungjawab terhadap keselamatan kad.

4. Bawa lebih daripada satu kad kredit sebagai persediaan jika anda ketiadaan wang di luar negara. Sekurang-kurangnya anda masih memiliki satu lagi kad jika kad pertama mengalami masalah seperti disekat atau tidak cukup baki.

Pastikan anda memeriksa baki kad sebelum bertolak ke destinasi dan simpan nombor telefon bank sekiranya anda perlu memohon tambahan kredit. Pembelian dalam talian ada kalanya memerlukan penggunaan kad kredit.

Selain itu, pastikan anda menghafal nombor PIN sekiranya perlu membuat pengeluaran wang menerusi mesin ATM. Bagaimanapun, gunakan cara ini hanya dalam keadaan
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url