Persediaan ATM sahut cabaran 2009

Kemampuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak dapat disangkal ekoran komitmen bersungguh-sungguh setiap warga organisasinya menjalankan fungsi masing-masing.

Sejak ditubuhkan hingga sekarang, sumbangan dan pengorbanan setiap anggota tentera sentiasa menjadi perhatian umum termasuk di peringkat antarabangsa. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki oleh warga ATM, ATM dilihat memiliki aset modal insan yang pelbagai.

Aset-aset modal insan meliputi bidang yang luas seperti perubatan, kejuruteraan, kemahiran tempur, persenjataan, teknologi alam siber, perang psikologi dan banyak lagi. Sehubungan itu, adalah diakui ATM sejak dulu hingga kini merupakan sebuah organisasi global yang mampu bergerak dalam apa jua keadaan.

Komitmen terkini anggota-anggota ATM termasuk menjaga keamanan dan keselamatan di perairan antarabangsa seperti di Teluk Aden berhampiran Somalia. Sumbangan dan pengorbanan anggota ATM di dalam negara seperti bantuan kecemasan dalam tragedi tertentu seperti bencana alam dan banjir juga tidak boleh diperkecilkan.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal ketika tanya mengenai cabaran 2009 menegaskan, ATM perlu terus menjadi institusi kelas satu. Untuk itu kata beliau, setiap warganya perlu sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi apa jua cabaran mendatang.
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url