AMK dedah tatik jahat BN, gunakan lambang KeADILan berkempen (PRK Kuala Terengganu)

ANGKATAN Muda KeADILan (AMK) semalam mendedahkan tindakan jahat Barisan Nasional (BN) yang menggunakan lambang KeADILan untuk berkempen di Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu.

Menurut Ketua AMK Terengganu, Fariz Musa, tindakan ini adalah bagi mengelirukan dan menimbulkan salah faham diantara para pengundi dengan mengunakan vest yang mempunyai logo KeADILan.

“Ia juga boleh memecahbelahkan muafakat Pakatan Rakyat sekiranya si pemakainya melakukan kerja-kerja sabotaj, misalnya mencabut merosakkan bendera Pas atau pun DAP,” katanya yang dipetik menerusi laman Buletin Online.

Terangnya pemakaian vest tersebut boleh mengelirukan orang ramai dan pengundi Kuala Terengganu dengan niat untuk memberikan imej yang buruk kepada PKR dan Pakatan Rakyat.

Katanya beliau yang mendedahkan perkara berkenaan dari hasil risikan pantas skuad AMK akhirnya membuktikan niat jahat UMNO dan BN apabila vest yang dicetak dengan dua lambang itu ditemui dalam markaz besar pemuda UMNO.

Oleh yang demikian beliau meminta semua petugas Pakatan Rakyat samada dari PAS, PKR dan DAP supaya sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga terhadap tipu helah BN yang terbaru itu.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai samada pengundi atau pun bukan bersama-sama turut memantau keadaan keselamatan supaya pilihanraya kecil Kuala Terengganu dapat berlangsung dalam suasana yang aman.

- Suara Keadilan
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url