Tun Daim meninggal dunia

 


Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia di sebuah hospital swasta, di Kuala Lumpur pada hari ini 13 November 2024 pada usia 86 tahun.

Perkara itu disahkan peguamnya, Datuk Dr Gurdial Singh Nijar kepada BH sebentar tadi.

Allahyarham meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Sementara itu portal Malaysiakini memetik Gurdial sebagai berkata, pengebumian Allahyarham akan dibuat pagi ini.

"Ya. Benar dia meninggal dunia. Dia mengalami strok baru-baru ini dan diletakkan di unit rawatan rapi (ICU). Belum ada maklumat lanjut," katanya lagi.

Daim berkhidmat sebagai Menteri Kewangan dua kali, yang pertama dari 1984 hingga 1991 di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di mana beliau memainkan peranan penting dalam mengurus ekonomi Malaysia dan melaksanakan pelarasan struktur.

Beliau kemudian kembali untuk penggal kedua dari 1999 hingga 2001, sekali lagi di bawah Dr Mahathir, untuk menangani isu ekonomi berikutan krisis kewangan Asia.

Sumber : Berita Harian

Biodata Tun Daim

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url