Top Ad 728x90

,

MBKT bina dewan serbaguna di Tepoh

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan membina sebuah dewan serbaguna di Tepoh untuk merancakkan aktiviti kemasyarakatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.

ADUN Tepoh, Muhamad Ramli Nuh berkata, pembinaan dewan tersebut akan dilaksanakan apabila tender projek itu dibuka pada Jun ini.

Katanya, peruntukan sebanyak RM1.7 juta telah disediakan untuk pembinaan dewan serba guna di tapak pasar lama Tepoh di sini.

‘‘Apabila siap kelak, ia sudah tentu dapat memenuhi keperluan penduduk tempatan untuk menganjurkan pelbagai program dan rakyat akan dapat manfaat secara langsung.

‘‘Sebelum ini, segala program yang dianjurkan memerlukan pihak penganjur menyewa sebuah dewan di tempat lain,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 45 buah rumah kos rendah pula akan dibina di Kampung Padang Nenas di sini oleh sebuah syarikat perbankan tempatan, Affin Bank Berhad dalam memenuhi tanggungjawab sosial syarikat tersebut.

Beliau menambah, pelbagai kemudahan dan infrastruktur di kawasan perumahan telah pun siap termasuklah jalan serta tanah dan kini hanya menunggu kontraktor terlibat untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan rumah tersebut.

“Projek ini dibiayai zakat yang dikeluarkan oleh Affin Bank dan apabila siap kelak rumah tersebut akan ditadbir oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam),’’ ujarnya.

- Utusan

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90