Jangan hancurkan UMNO dan jangan punahkan PAS, kita berdua satu akar
Oleh PERAK BANGKIT
Siasah Melayu Moden pasca Perang Dunia II telah melahir-jitukan dua wadah siasah orang Melayu.... Tiada yang ketiga lagi... yang ketiga sering ditelan sejarah... Memang UMNO sudah banyak kekurangan, juga tiada sempurna lagi itu PAS. Masing-masing ada ketidakcukupan yang keduanya saling perlu memenuhi.
Muslimin PAS mesti jujur. Bertindak kena tolak emosi. Ketidakmatangan sedia ada harus dipunggah-buang. Ditanam dalam menjadi kuburan sempadan kehidupan. UMNO mesti merentas sejarah. Memikul segala pilu kekalahan dan menimba pengalaman jutaan. UMNO juga mesti kenal apa erti Insaf dan tahu diri. Berjalan di atas perspektif yang betul dan menjujuri semua keikhlasan dalam perjuangan.
Melayu mesti hidup berlandas. Dikukuhkan taqwa dan keimanan. Keyakinan yang benar-benar mantap kepada IIlahi Rabbi. Dunia fana' sedang dalam tahap akhir perjalanannya menemui ajal. Dan sebagaimana yang dituliskan sebelum ajal tiba, lalu dajjal hadir dulu bikin sesat setiap satu mahkluq.
Kekuatan politik Melayu Islami mesti ditunjangkan segera. Buanglah keegoan... kerana... ego hanya bikin kesombongan. Mari kita mulakan dengan hati. Kita rasakan akrabnya rumpun mulia.
Hati yang mesti kita dasarkan pemersatuan ini. Dengan rasa lemah lembut dan gemalainya jiwa. Kita layarkan kasih dan sayang. Cinta yang disemarakkan kita kukuhkan keazaman dan segala iltizam. Manisnya bila kita semua bersatu sebagai suatu bangsa-agama yang kukuh nilai dan jitu semangat. Waja diri dan hebat jasmani yang disulamai rohani terbang mencari damai dan kesejahteraan di jendela keamanan. Kita mesti jadi bangsa contoh... khaira ummah... kita bersatu ... wa'tashimu bi hablillah jamii'an... WALA TAFARRAQUU... Jangan..dan janganlah kita berpecah belah... Kita adalah Rumpun Sejagat... membina Berkat di dalam Rahmat... aduh! Qudusnya ketenangan... Iman membawa kehalusan budi menerkam kemanisan hakiki dalam istiqamah Solah kita... mesjid dan surau semuanya melaungkan azan... Muslimin berduyun-duyun hadir berjemaah... Di dalam saf yang berbaris-baris... Melaungkan Allahu Akbar...
PAS dan UMNO akan bersatu.... Itulah wajah keserian masyarakat harmoni yang nantinya akan diteladani di seluruh dunia.... Wahai burung-burung yang berkicauan, andai bisa kau menyanyi pagi ini.... Nyanyikanlah lagu pemersatuan ummah... Andai kata kau terbang nanti... kau sampaikanlah berita ini ke seluruh negeri dan tempat... Andai kata kau hinggap di mana-mana dahan berkicaulah dikau kembali dan menyanyikan semula lagi kesejahteraan ini.
Duhai angin... nanti kau tiupkan bayumu sepoi dan kau sampaikan berita ini... dari telinga ke telinga... akan kau bisikkan nurani perpaduan manja yang memanjai hati-hati kesyahduan... Duhai air, dari terbit anak matamu... kau mengalirlah dan kau bawakan bersama wudhu' para Muslimin agar bersama berdoa.. dari mudiknya di hulu hinggalah ke hilir kuala.
Duhai sahabat... marilah kita pinta hati kita pula yang berbicara. Senandung kata-kata manis... sopan santun budi bahasa... Diwarnai pelangi seribu gelombang warna dalam ketujuhan pialanya. Suatu taman bustani seri yang indah menawan.
PAS dan BN sememangnya punyai kaitan yang amat rapat dari segi siasahnya. Ini adalah kerana PAS adalah antara tunggak kewujudan BN itu sendiri. Untuk pengetahuan tuan-tuan sekalian, nama kolisi ini diberikan oleh YDP PAS pada masa itu iaitu Dato Asri. Beliaulah yang namakan ianya sebagai Barisan Nasional. Jadi dari segi sejarahnya PAS memang benih yang melahirkan BN itu sendiri.
Tatkala, Islam di bumi Malizi dahagakan pemersatuan, eloklah PAS sertai BN kembali. Ianya bagaikan sirih pulang ke gagang. Secara langsung pengundi Bukan Islam menjadi semakin serba salah. Percayalah..... Dan marilah kita bersama menuju ke kolam yang sama. Kita mandi airnya yang semata air itu. Kita makan nasi daripada kawah yang sama. Sungguh manis jika ianya jadi benar.
Renungkanlah dan hayatilah akan kuatnya nanti Siasah Islami memandu arahtuju perjalanan Siasah di Malaysia. PAS... dengarkanlah suara hati murni ini. Ayuh kita berpadu dalam gelanggang yang satu.
Jika tidakpun begitu.... pisahlah dirimu dari lolongan repek sang PKR dan DAP. PAS bersihkanlah kembali wajahmu yang terpalit dek najis mereka yang kotor itu. PAS ini rayuan Islami kepadamu. Dengarkanlah.
Ayuh kepimpinan sejati dalam PAS, tumbangkanlah makhluk Erdogan di dalam PAS. Bersihkanlah PAS daripada kolotan melampaui sempadan. PAS bukannya perjuangan Negara Kebajikan. Perjuangan PAS ialah Din yang Syumul. Ingatlah...
UMNO juga mesti maju dalam pembersihan. Kikislah budaya rasuah melampau. Ingatlah.... UMNO akan lemah dengan gejala kesundalan. Pemimpin UMNO mesti serius berjuang. Binalah perjuangan atas nama dakwah dan tarbiah. Nescaya keberkatan Illahi akan terus bersama.
- PERAK BANGKIT
PAS takut masuk UMNO kerana kerakusan pemimpin UMNO itu sendiri. PAS Mana mahu kekejaman BN seperti pisang berbuah 2 kali.Faham-Faham sajelah..
Umno masuk PAS= pemimpin UMNO
UMNO masuk PAS= Kepimpinan PAS
Mana satu? Pilihlah Perak Bangkit oii
PAS masuk UMNO=Ikut pimpinan UMNO la anon. Tak nak UMNO. PAS jadi cacamarba nanti
UMNO dengan PAS macam laki bini yang bergaduh
Bila UMNO nak ehem2 ditariknya PAS
Bila dapat madunya PAS ditendang
Bila kuasa bercerai UMNO gila talak ke PAS
Sampai bila akan berakhir?
melayu sama melayu bergaduh bangsa lain gelak je .
Sebenarnya, masalah untuk penggabungan UMNO dan PAS ini terletak kepada pemimpin - pemimpin parti dan penasihat penasihat mereka.
Ia berkenaan pihak atasan parti.
Apabila bergabung, mereka perlu mengorbankan kepentingan mereka sedikit sebanyak dan juga kepentingan parti. Ini akan mengurangkan jumlah sokongan.
Ia kompleks walaupun ideal.
Malaymind