Tips Menghadapi Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Gred M41
- Sila pastikan juga anda kenal pusat peperiksaan anda dan sampai 15 minit sebelum peperiksaan bermula bagi mengelakkan anda hadir sekadar membuat lawatan rasmi ke pusat peperiksaan berkaitan.
- Jangan hiraukan kata-kata ketua pengawas peperiksaan sebelum ujian bermula kerana anda sudah dewasa dan cukup pandai untuk tahu semua perkara yang dikatakan. Sebaiknya gunakan masa untuk memenuhkan butiran diri serta hitamkan butiran diri pada kertas OMR bagi memastikan anda punya lebih banyak masa terluang selepas itu.
- Bagi kertas sahsiah diri dan minat, sila jawab dengan penuh hipokrit. Jangan jadi diri anda sendiri yang suka memotong barisan, suka mengumpat, suka mengambil kesempatan, tidak ikut peraturan dan sebagai nya. Bayangkan anda seorang yang cukup sempurna dari segala aspek dan pastikan jawapan anda sentiasa konsisten kerana terdapat sejumlah soalan yang hampir sama bertujuan untuk memerangkap calon-calon yang hipokrit!
- Bagi kertas matematik, kebiasaannya soalan di bahagian tengah adalah soalan yang agak sukar atau agak melengahkan masa. Anda hanya akan membazirkan masa jika bersungguh-sungguh ingin menyelesaikan semua soalan mengikut turutan. Sebaik nya, selesaikan semua soalan yang ringkas dan mudah dahulu. Insyaallah, anda tidak akan kesuntukan masa namun jika ini berlaku, sila jalankan operasi tembakan rambang.
- Kertas pemahaman Bahasa Melayu dan Inggeris paling mudah melainkan anda baru pindah dari negara Uganda, masih belajar bahasa melayu dan tidak pernah belajar bahasa inggeris.
- Kertas penulisan essei Bahasa Melayu dan Inggeris merupakan yang paling vital. Sebahagian besar mata penilaian datang dari dua kertas ini terutama nya kertas penulisan essei Bahasa Inggeris. Asas PTD adalah kemahiran melahirkan cetusan minda yang dinamik dan global. Isi-isi yang anda utarakan di sini akan menggambarkan visi anda yang sebenar sebagai seorang calon PTD.
Selamat berjaya!