Top Ad 728x90

UKM sasar kumpul 20,000 alumni

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mensasarkan pengumpulan data sekurang-kurangnya 20,000 bekas pelajarnya pada tahun ini menerusi Sistem Maklumat Alumni (SMA).

Pengarah Pejabat Perhubungan Alumni UKM, Prof Madya Dr Ramli Omar, berkata sistem yang baru dilancarkan pada hujung tahun lalu itu membolehkan ahli mengemaskini maklumat mereka secara dalam talian menerusi laman web www.ukm.my/alumni.

Katanya, menerusi maklumat diperoleh, usaha menggembleng tenaga ahli dapat dipergiatkan bagi membolehkan mereka turut memainkan peranan dalam pembangunan universiti.

“Ahli alumni ke 5,000, 10,000, 15,000, 20,000 dan setiap gandaan 5,000 seterusnya akan menerima hadiah khas sebagai tanda penghargaan,” katanya kepada Berita Harian, baru-baru ini.

Ramli berkata, antara kegiatan dirancang adalah Alumni Homecoming Golf dan Siri Syarahan Tokoh Alumni 2009 serta

ceramah jemputan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom.

“Beberapa fakulti di UKM seperti Perubatan dan Kejuruteraan turut aktif menganjurkan aktiviti tahunan khusus untuk ahli masing-masing termasuk makan malam serta ceramah,” katanya.


Pada masa sama, katanya, perkembangan semasa universiti termasuk kegiatan dan pencapaian dapat disalurkan kepada ahli pada kadar segera.

“Data lebih 124,000 ahli sebelum ini dalam bentuk manual dan sudah tidak relevan terutama berkaitan alamat kediaman serta kerjaya mereka.

“Menerusi sistem ini, ahli alumni kumpulan pertama mulai 1973 hingga sekarang boleh mengemas kini maklumat mereka secara dalam talian dalam tempoh lima minit, selain mengetahui perkembangan semasa universiti.

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90