Top Ad 728x90

,

Sambutan Blackout Nite pada 28 Mac 2009

Hanya hiburan dan acara-acara menarik bakal menanti anda pada malam sambutan Earth Hour yang berlangsung pada 28 Mac ini di Zazu Beach Bistro, Sunway Lagoon.

Acara tersebut dianjurkan oleh Most Wanted Unit Event sebagai tanda menyokong usaha Nature-WWF dalam memerangi isu pemanasan global. Acara itu juga terbuka kepada orang awam.

Pengarah Urusan Most Wanted Unit Event, Mohd. Khairul Yusli Mohd. Yusop, berkata, Blackout Nite daripada Earth Hour akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada warga Malaysia yang menyokong program itu.

"Oleh kerana acara ini jatuh pada hari Sabtu, ia menyediakan satu platform untuk muda-mudi dan keluarga menghabiskan masa bersama. Tidak kira sama ada mereka mahu menyertai acara-acara yang diadakan atau sekadar menikmati sajian di Zazu Beach Bistro," katanya.

Antara acara menarik pada hari tersebut ialah persembahan daripada artis tempatan seperti Lightcraft, Ask Me Again, Otam, Lydia's Diery, Azfar Allias, Dizzy and The Sakti, The Lova Lova, Salam, persembahan alat elektronik dan banyak lagi aktiviti menyeronokkan.

Earth Hour adalah sebuah acara anjuran World Wide Fund for Nature. Pada tahun 2008, kira-kira 50 juta penduduk dari 370 bandar seluruh dunia mengambil bahagian dalam program ini ketika lampu dipadamkan di Opera House Sydney, Empire State dan jambatan Golden Gate di Amerika Syarikat.

Tahun ini, sambutan Earth Hour berkembang lebih besar. Di Malaysia, bandar-bandar besar dan kecil telah memberi kata putus untuk menyertainya.

Hampir setiap hari, ada sahaja pihak di ibu kota mendaftarkan diri. Kesemua peserta ini akan bersama penduduk bandar-bandar global seperti Auckland, Beijing, Bogota, Cape Town, Copenhagen, Edinburgh, Helsinki, Hong Kong dan Istanbul.

"Pada hari terakhir sambutan Earth Hour, kami akan membuat penilaian mengenai operasi syarikat secara efisien, mengurangkan pembaziran dan impak ke atas alam semula jadi. Perubahan itu bukan sahaja dilihat di lokasi syarikat kami tetapi juga di cawangan-cawangan lain.

"Bagi mendapatkan maklumat lanjut dan mendaftar, sila layari laman web www.earthhour.org/malaysia.

Untuk maklumat lanjut, hubungi 017-6100 254 (Izzy), 012-279 2418 (Lya) dan 019-696 8505 (Yatie) atau beli tiket di Zazu Beach Bistro, Sunway Surf Beach.

- KOSMO!

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90