Spam Valentine


Sambutan Valentine atau Hari Kekasih telah berlalu. Begitupun, bahang hari istimewa untuk pasangan yang bercinta masih membuak-buak di hati. Ramai yang berusaha untuk menawan hati si dia dengan membeli dan melakukan sesuatu yang menarik.

Apa yang anda mahukan, semuanya bergantung kepada diri individu masing-masing. Pada masa yang sama, e-mel yang tidak dikenali atau spam kini giat mempromosikan beberapa hadiah untuk menarik perhatian pengguna Internet.

Symantec berjaya mengenal pasti 10 daripada tajuk spam yang popular dan ingin berkongsi dengan pembaca agar sentiasa berwaspada.

Di tangga teratas ialah spam yang agak biasa didengar. Ia ada kena mengena dengan tawaran untuk meningkatkan nafsu seks dalam kalangan lelaki. Ini diikuti dengan kad Hari Kekasih dan jam tangan palsu.

Berikut adalah tajuk-tajuk spam yang harus dihindari:

*Increase your length, the best Valentine's gift

*Show off your length for Valentine's

*Get it before Valentine's day and watch her smile

*You have been invited to partake in a shopping spree with [Removed] This Month for Valentine's!

*Happy Early Valentine's Day, You have been selected to go on a $1000 Shopping spree to [Removed]

*The Best Valentine's Day Present Ever...

*Your Valentine's Day is about to get a lot better

*Enjoy your Valentine's Day with a Grand Cash from us =)

*[Removed] invites you to take a $1000 shopping spree for Valentine's Day

*Great watches for your Valentine

Symantec juga melihat peningkatan dalam spam yang bertajuk Feb 14, February 14 atau Cupid. Bagi mengelakkan anda termakan dengan kata-kata manis yang menghiasi akaun e-mel anda, praktikkan tip-tip ini.

*Gunakan solusi sekuriti e-mel yang boleh dipercayai. Solusi ini akan melindungi anda daripada sebarang spam atau virus komputer yang boleh menjahanamkan sistem pengkomputeran.

*Belajar mengenali e-mel yang dilindungi. Sentiasa berjaga-jaga terhadap e-mel yang boleh diragui. Jangan sesekali berkongsi maklumat peribadi melalui Internet. Ingat, sesebuah syarikat tidak mungkin bertanya maklumat tersebut melalui khidmat dalam talian. Jangan membuka laman yang diragui.

*Jangan membalas spam. Tindakan tersebut akan memaklumkan pengelola spam itu bahawa dia telah mencapai akaun yang masih aktif. Begitu juga dengan perbuatan meminta untuk tidak menghantar e-mel itu lagi. Sebagai langkah berjaga-jaga, jangan ambil peduli dan buang e-mel tersebut dengan serta-merta.

*Daftarkan beberapa e-mel yang berlainan. Gunakan satu e-mel hanya untuk kawan, keluarga dan rakan sejawat. E-mel lain, gunakan bagi tujuan tempahan, pesanan dan sebagainya.

*Ketahui e-mel yang dibalas. Jangan suka-suka meletakkan alamat e-mel anda di laman awam.

*Jangan menghantar e-mel bergambar atau teks secara sewenang-wenangnya. Ia boleh mencetuskan masalah yang tidak diingini pada masa depan.

- KOSMO!
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url