ADUN Penanti letak jawatan, pilihanraya kecil lagi...


Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti berkuat kuasa hari ini.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan satu muka hari ini.

"Keputusan ini bertujuan untuk membolehkan saya memberikan tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah dan sekaligus memberikan masa kepada saya untuk bersama dengan keluarga," katanya.

Mohammad Fairus yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri I sejak penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang pada Mac tahun lalu, meletak jawatan berkuat kuasa 8 April lalu.

Beliau juga melepaskan jawatannya sebagai Exco kerajaan negeri.

Ketika ini, Mohammad Fairus disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dijangka dihadapkan ke mahkamah pada bila-bila masa.

Jelas beliau, peletakan jawatan tersebut adalah sebagai langkah membersihkan nama baiknya yang tercemar selama ini.

"Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tomahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini," katanya.

Dalam kenyataan itu juga Mohammad Fairus merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan sokongan kepadanya sepanjang tempoh perkhidmatannya.

"Keputusan ini adalah untuk kebaikan semua, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan perjuangan serta kepimpinan di bawah teraju Datuk Seri Anwar Ibrahim demi menegakkan kebenaran dan keadilan," katanya.

- MSTAR
Next Post Previous Post
2 Comments
  • Unknown
    Unknown Khamis, 16 April 2009 pada 5:11:00 PTG SGT

    Nampaknya pilihanraya kecil sentiasa tidak putus-putus sejak dari tahun lepas. Ini bererti rezeki akan datang mencurah kepada penduduk yang terlibat dengan pilihanraya kecil ini. Banyaklah projek-projek mee segera akan sampai. Ini semua rahmat.

  • penang_pixman
    penang_pixman Rabu, 22 April 2009 pada 3:35:00 PTG SGT

    rezeki utk peniaga, tp bagi penduduk Adun Penanti, kami ni dah mcm kena main2 ngan org politik khususnya PKR. Time jd pembangkang, riuh sana sini minta bagi peluang PR memerintah, bila dah bagi peluang buat main2, suka2 hati letak jawatan...patutnya bila dah bagi peluang buat keja, tunjukkan kat BN yang PR ni lebih bagus tp nampaknya PR ni lagi haprak...memalukan peyokong, kami yg dulu sokong penuh, apa yg dapat...senang cerita PKR ngan UMNO sama sj...

Add Comment
comment url