Keputusan matrikulasi 17 Julai 2009

Kementerian Pelajaran menetapkan 17 April ini sebagai tarikh semakan permohonan memasuki Program Matrikulasi sesi 2009/2010 bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurut kenyataan kementerian tersebut, semakan boleh dibuat melalui laman web http://www.moe.gov.my dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran SPM atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip perkataan MAT, jarak, nombor kad pengenalan pelajar dan hantarkan ke 15888.

Selain itu, pelajar juga boleh menghubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi di 03-8884 4100 untuk mengetahui keputusan rasmi permohonan bermula Jumaat ini pukul 8.30 pagi hingga pukul 4 petang pada hari bekerja.

Tarikh pendaftaran pelajar matrikulasi ialah pada 11 Mei dan segala surat tawaran serta maklumat lanjut berkaitan pendaftaran, yuran dan sebagainya akan dihantar oleh pihak kolej yang berkenaan.

Pemohon berkelayakan yang gagal dalam permohonan boleh membuat rayuan melalui Internet atau secara bertulis dengan melampirkan satu salinan keputusan SPM beserta kad pengenalan yang disahkan kepada Bahagian Matrikulasi, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, sebelum 30 April ini.

Keputusan rayuan akan diumumkan pada 22 Mei melalui laman web.

Pemohon juga boleh menyemaknya dengan menghantar SMS dengan menaip MAR, jarak, nombor kad pengenalan pelajar dan hantar ke 15888 atau menghubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi.

Menurut kenyataan itu lagi, keputusan kemasukan ke Program Dua Tahun (PDT) akan diumumkan pada 3 Jun dan pelajar dikehendaki mendaftar di kolej 12 hari selepas itu.

Katanya, status permohonan boleh disemak melalui laman web dan semakan juga boleh dibuat dengan menghubungi talian bantuan atau dengan menghantar SMS dengan menaip MAT, jarak, nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888.
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url