Daftar di mana-mana - Pembeli kereta baru kini boleh pilih plat negeri yang disukai
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, sistem yang sedang dibangunkan tersebut akan membolehkan semua bakal pembeli kenderaan mendaftar nombor plat di mana-mana negeri yang mereka sukai.
"Dalam sistem sedia ada, pengedar kenderaan di Pahang, misalnya, terpaksa melantik wakil mereka di Selangor untuk mendaftar nombor plat di negeri itu seperti dikehendaki pembeli kerana mahukan nombor plat Selangor.
"Sistem tersebut akan dipermudahkan secara online dan pengedar tidak perlu melantik wakil untuk mendaftar kenderaan di lain-lain negeri,'' katanya selepas mengadakan dialog bersama 30 wakil swasta di negeri ini termasuk syarikat kenderaan terpakai, pengedar automotif dan para pegawai syarikat kewangan di Legend Resort Cherating di sini.
Sementara itu, Solah memberitahu, lebih 1.3 juta kereta yang sudah dijual kepada syarikat kenderaan terpakai di negara ini didapati tidak ditukar hak pemilikan sementara kepada nama syarikat terbabit sehingga menimbulkan pelbagai masalah kepada pemilik asal.
- KOSMO!


saya membeli no plat IM4U .boleh kah didaftarkan di jpj johor baharu
nama saya ahmad bin jusuh dari johor .saya telah membeli no plate kereta IM4u .boleh kah di daftarkan di jpj johor ,semantara kereta sy belum keluar lg,ada ejen kata kena pergi jpj setapak ,harap dapat membantu sy...