Kijeng unik tertulis kalimah


Seorang ahli perniagaan yang memiliki kijeng unik yang tertera kalimah serta tulisan jawi pada cangkerangnya menawarkan kepada sesiapa yang berminat melakukan penyelidikan ke atas spesies siput dalam simpanannya itu.

Kijeng adalah sejenis haiwan yang menyerupai kupang atau kepah.

Abdul Jabar Abdul Hamid, 48, berkata, beliau terpanggil berbuat demikian kerana percaya tulisan jawi pada cangkerang kijeng yang ditemui olehnya sejak lapan tahun lalu itu adalah semula jadi dan bukan sengaja diukir oleh manusia.

"Mulanya saya dan seorang rakan menemui dua siput kijeng, satu besar satu kecil di celah batu semasa berjalan dekat sebatang sungai di Indera Mahkota ketika banjir besar melanda pada tahun 2001.

"Bila dibelek, saya amat terkejut apabila mendapati tertera tulisan jawi pada cangkerang dua haiwan yang masih hidup itu," ceritanya ketika ditemui di sini semalam.

- KOSMO!
Next Post Previous Post
2 Comments
  • AMYMAY  SABAHAN
    AMYMAY SABAHAN Jumaat, 10 April 2009 pada 1:19:00 PTG SGT

    kuasa ALLAH...Dah bnyk kalimah ALLAH yg manusia jumpa kan....bukti wujudnya Tuhan YG MAHA BERKUASA ATAS TIAP2 SESUATU..

  • emillia andres
    emillia andres Jumaat, 10 April 2009 pada 1:41:00 PTG SGT

    saya penah terlihat kalimah ALLAH yg terbentuk melalui awan,selepas sya menunaikan solat subuh, sya duduk dekat dapur basah dan hendak membasuh pakaian...selepas memasukkan pakaian ke dalam mesin, sya menghirup udara segar sambil memandang ke langit..pada waktu itu lah sya ternampak " alif lam lam ha " sya seakan terpukau,cepat2 sya mengucap " SUBHANALLAH "....peristiwa nie berlaku hjg tahun 2008...

Add Comment
comment url