Komentar - Malaysia Perlukan Pemikir & Idealis Bukan Perebut

Oleh MOHD ISMAIL (DINO SUPER)

Buletin Utama sejak akhir-akhir ini secara purata menyiarkan 23 minit kisah politik Malaysia. Selebihnya adalah kisah perang dunia & hampir tiada kisah penuh inspirasi yang menyenangkan hati. Rasa mahu pindah negara.

Astro Ria selepas itu tunjukkan sessi uji bakat Akademi Fantasia baru yang kata’nya satu evolusi dunia hiburan. Iya’lah tu. Rambut peserta makin serupa dengan belang baju badut. Merendahkan lagi target cita-cita rakyat Malaysia.

Kedua-dua situasi di’atas tidak sedikit pun menggambarkan yang Malaysia akan capai status negara maju menjelang 2020. Tiada perkembangan idea baru. Tiada perkongsian pengetahuan. Semuanya akan stagnant sehingga bila-bila.

Aku ada satu impian untuk melihat rakyat Malaysia berlumba-lumba menyuarakan idea untuk taraf kehidupan manusia sejagat yang lebih baik.

Idea untuk sumber tenaga alternatif, teknologi mesra manusia, sistem pendidikan lebih berkesan, sistem kewangan yang lebih teratur, teknologi hubungan manusia yang lebih mudah, penyebaran ilmu dengan pantas, penghasilan seni yang mengagumkan mahu pun kehidupan keluarga yang lebih efektif.

Aku mahu lihat para professor & researcher di’Malaysia buat presentation 5-10 minit tentang apa yang sedang mereka kaji. Perkembangan & matlamat. Lakukan dalam cara yang memberikan inspirasi kepada semua untuk mengembangkan idea yang ada.

Siarkan di stesyen televisyen atau tidak pun, YouTube sudah memadai. Jangan simpan hasil kajian untuk di’jual kepada kepala kapitalis sahaja. Idea perlu di’kongsi. Biar rakyat Malaysia tahu duit cukai mereka di’bayar untuk apa.

Entah bila akan jadi. Seperti sistem pengangkutan Malaysia, mungkin 100 tahun lagi. Mungkin masih ketika itu orang berebut kuasa & bercita-cita menjadi penyanyi berambut belang badut.
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url