Top Ad 728x90

, ,

Komentar - Muktamar PAS dijangka sengit

Muktamar Tahunan Pas pada Jun ini dijangka menyaksikan perebutan sengit bagi jawatan timbalan presiden parti itu apabila beberapa tokoh kanannya dicalonkan untuk bertanding mengisi kerusi berkenaan.

Malah wujud kemungkinan jawatan Presiden juga dipertandingkan apabila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut dicalonkan untuk mencabar penyandangnya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Corak pencalonan pada kali ini juga dilihat seperti mengesahkan wujud pertembungan antara dua aliran utama dalam Pas iaitu kelompok promuzakarah dengan pro-Pakatan Rakyat (atau kumpulan Erdogan) yang mengundang perdebatan hangat sejak muktamar di Ipoh, tahun lalu.

Bagaimanapun, tujuh kawasan Pas di Wilayah Persekutuan membuat keputusan mengejutkan apabila tidak membuat pencalonan bagi tiga jawatan tertinggi parti iaitu Presiden, timbalan presiden dan naib presiden.

Pas akan mengadakan pemilihan dan muktamar ke-55 awal Jun ini di Stadium Malawati, Shah Alam. Mesyuarat peringkat kawasan dan tiga sayap utama, Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama, bermula awal bulan ini dan berakhir hujung bulan depan.

Melihat aliran pencalonan, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Md Isa dijangka berdepan saingan sengit daripada Naibnya, Datuk Husam Musa, yang diramalkan mendapat pencalonan popular daripada ahli bagi merebut jawatan nombor dua itu.

Seorang lagi calon yang mengesahkan kesediaan untuk bertanding jawatan itu ialah Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu. Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, pula adalah antara calon popular untuk jawatan naib presiden.

Pas Bukit Bintang pula mencalonkan Nik Abdul Aziz sebagai presiden menggantikan Abdul Hadi. Mesyuarat jawatankuasa kawasan itu juga sebulat suara mencalonkan Mohamad Sabu bertanding jawatan timbalan presiden, mencabar Nasharuddin.

Pas Selayang pula tidak mencalonkan Nasharuddin sebagai timbalan presiden sebaliknya mencalonkannya bertanding naib presiden. Mereka mencalonkan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din sebagai timbalan presiden.

Mohamad Sabu ketika dihubungi berkata, beliau mengesahkan kesediaan bertanding timbalan presiden kerana mendapat sokongan pemimpin dan ahli parti, terutama di peringkat akar umbi yang mahukan beliau bertanding pada peringkat kepemimpinan yang lebih tinggi.

"Saya mendapat banyak desakan daripada peringkat akar umbi dan keputusan ini bukan atas faktor peribadi semata-mata," katanya.

1 Comment:

  1. PAS pun sedang melalui proses tranformasi cuma semua mata tertumpu pada UMNO so rakyat tak berapa nampak...

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90