Rabu, April 29, 2009

Komputer riba untuk hiburan


Keperluan prestasi canggih di samping rekaan yang menarik pada komputer riba tentu nya menjadi idaman setiap pengguna.

Justeru, dengan memberi tumpuan kepada faktor itu, syarikat pengeluar produk teknologi, HP telah tampil dengan komputer riba model terbaru, HP Pavilion dv2 Entertainment.

Tawaran evolusi baru itu sekali gus menjadikan model tersebut sebagai komputer riba yang paling nipis pernah dihasilkan oleh HP dengan fungsi tanpa kompromi.

Menurut Pengarah Urusan Negara, Sistem Personal Kumpulan HP, Danny Lee, pengenalan komputer riba itu menyasarkan golongan pengguna yang menggemari rekaan dan hiburan pada produk peribadi mereka.

''Pengguna sekarang sudah pandai menilai dan memilih gaya komputer riba untuk melengkapkan personaliti mereka," katanya pada pelancaran komputer riba tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dengan mempunyai ketebalan hanya satu inci dan berat 1.64 kilogram, model berkenaan dipacu oleh pemproses AMD Athlon Neo MV-40 di samping kad grafik ATI Radeon HD3410 dengan memori video 512 megabit (MB).

Kelebihan itu menjadikannya sesuai untuk paparan grafik menarik pada video dan juga media hiburan berdefinisi tinggi. (HD).

Ciri lain yang ditampilkan adalah seperti sambungan wayarles WWAN binaan dalam, WiFi, paparan skrin diagonal 12.1 inci dengan pencahayaan LED cerah serta kapasiti cakera keras 320 gigabait (GB) yang boleh ditingkatkan sehingga 500 GB.

Dari segi rekaannya pula, ia dibina menggunakan material aloi magnesium yang ringan dan disempurnakan bersama dua warna pilihan iaitu Hitam Espresso dan Putih Bulan.

Turut menarik perhatian, ia didatangkan bersama perisian Finger Writer Recognition untuk kemudahan menulis selain aplikasi HP ProtectSmart Hard Drive Protection sebagai sokongan mengelakkan kehilangan data sekiranya berlaku sebarang hentakan.

Model tersebut juga didatangkan secara pilihan bersama pemacu Blu-ray binaan luar.

HP Pavilion dv2 Entertainment kini boleh didapati dari pengedar yang sah dengan tawaran harga RM2,399. Maklumat lanjut di www.hp.com/apac/dv2

- UTUSAN

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts