Teknik memupuk tabiat positif dalam masa 21 hari

Tabiat positif adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti personaliti seseorang kepada personaliti yang disenangi diri sendiri dan orang sekeliling.

Caranya ialah anda perlu mencatatkan mengikut beberapa langkah di bawah:-

langkah 1
1. Senaraikan tabiat negatif yang anda ingin buang atau gantikan
2.Apa tabiat positif atau sikap yang anda ingin pertingkatkan atau masukkan dalam personaliti anda.
3. Apa tindakan yang akan anda ambil untuk buang tabiat negatif. Senaraikan tindakan tersebut
4> Pilih cara paling mudah untuk anda laksanakan.

Langkah 2
1. Buat gambaran mental bahawa anda telahpun berjaya memiliki tabiat positf yang anda inginkan.Lihat,dengar dan rasakan tabiat positif baru anda walaupun anda baru nak mula menerapkan dalam diri .

2. Gunakan perakuan diri (power of affirmation)yang menyatakan dan mengesahkan diri baru anda

Langkah 3

Buat pemerhatian perubahan-perubahan yang telah anda capai dan cari maklum balas jika masih belum berjaya kemudian buat rumusan bagi dilaksanakan tindakan pembaikan.

Langkah 4
teruskan langkah-langkah yang telah anda buat sehingga 21 hari dan anda akan dapati anda telah pun memiliki tabiat positif yang baru dan ianya adalah sebahagian dari personaliti baru anda yang hebat

- POTENSI MINDA
Next Post Previous Post
4 Comments
  • Byzura Mj (By)
    Byzura Mj (By) Khamis, 23 April 2009 pada 10:59:00 PG SGT

    bagus2..leh pratikkan

  • Eldy Voon
    Eldy Voon Khamis, 23 April 2009 pada 11:12:00 PG SGT

    wah, trik menarik !!! perlu cuba ni la !!

  • Amy
    Amy Khamis, 23 April 2009 pada 11:34:00 PG SGT

    nak cuba...rugi sapa yg xmau cuba....

  • shafiedotbiz
    shafiedotbiz Khamis, 23 April 2009 pada 1:10:00 PTG SGT

    ish bgs ni..nak try wat lah..nnt kan prubahan dalam diri sy..

Add Comment
comment url