Umno sedia terima Ibrahim tapi tidak 'pinang'
Pengerusinya Tan Sri Annuar Musa berkata Umno Kelantan menyambut baik hasrat ahli Parlimen Bebas itu jika kembali menyertai parti yang pernah dianggotainya sebelum dipecat tujuh tahun lepas.
"Umno sentiasa terbuka kepada siapa sahaja yang ingin menyertainya secara ikhlas tanpa sebarang desakan atau paksaan.
"Jika (Datuk) Ibrahim Ali ingin kembali kepada kita (Umno)...boleh saja, tak ada masalah," katanya kepada mStar Online.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ibtahim yang berkata beliau hanya menunggu 'pinangan' daripada pimpinan Umno, untuk membolehkan beliau kembali menyertai parti itu.
Bagaimanapun tambah Annuar, perkara itu perlu diperhalusi dengan sebaik-baiknya untuk kepentingan semua pihak.
"Kita perlu bincang dulu, tak perlu tergopoh-gapah," katanya.
Ibrahim, 57, digugurkan daripada jawatan Ketua Umno Pasir Mas pada 22 Nov 2003 dan kemudian digantung keanggotaannya seumur hidup dalam Umno kerana bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum ke-11, Mei 2004.
Ditanya sama ada pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Ibrahim bagi membincangkan mengenai 'pinangan' tersebut, Annuar berkata perkara tersebut akan dipertimbangkan.
"Kalau anak dara bolehlah kita pinang...ini dah janda dua kali, susah tu," katanya dengan berseloloh.
Beliau bagaimanapun tidak menolak untuk mengadakan perbincangan dengan Ibrahim mengenai perkara tersebut.
"InsyaAllah...mungkin nanti saya boleh ajak beliau minum-minum kopi sambil bincangkan mengenai perkara ini, kita tak ada masalah," katanya.
Ditanya sama ada Umno Kelantan akan mengadakan perbincangan dengan pentadbiran pusat mengenai perkara tersebut, beliau tidak dapat membayangkan apa-apa tindakan buat masa sekarang.
"Saya tak boleh nak bayangkan apa-apa, kita tunggu dan lihat dulu pekembangannya nanti," katanya.
- MSTAR


ibrahim ali ni tak de maruah,menang sebab PAS tp nk masuk UMNO, mcm binatang je,tk tau kenang budi.Anjing pun tau kenang budi,entah ni ibrahim binatang ape!
salam. next PRU letakkan calon PAS bertanding di pasir mas. lawan saja siapa saja. semoga parti cap katak ong-ong sedar, awan mana yang mengandung hujan.
"orang mukmin takkan jatuh dalam lubang dua kali."
apakah bezanya ibrahim ali ini dengan pelacur?
Kesilapan PAS kelantan jangan diulang lagi oleh mana-mana PAS negeri yang lain.Ibrahim ali bukan saja tak kenang budi malah mengkianati pengundi parlimen pasir mas.Ibrahim ali jangan nak perasan untuk mendapat tempat kalau duduk dalam UMNO.Ibrahim ali boleh membodek dalam UMNO tapi suatu hari nanti ibrahim ali akan depa lenyek.Sebab setahu saya dalam UMNO tu depa amalkan sistem 3G(gasak,gosok,gesek)tak kenal lawan jika nak menang.