'Tak jadi letak jawatan' - Manoharan

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan dari DAP yang dibebaskan hari ini daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) memutuskan untuk tidak mengosongkan kerusi DUN kawasan itu.

Katanya, keputusan untuk kekal sebagai ADUN itu dibuat kerana mahu memberi perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk di kawasannya yang terus menyokongnya.

"Saya akan memastikan mereka mendapat yang terbaik," kata Manoharan ketika ditemui pemberita di rumahnya di Bandar Kinrara, Puchong, dekat sini.

Manoharan berkata, sebelum ini beliau berhasrat meletakkan jawatan ADUN kerana rasa bersalah tidak dapat berkhidmat kepada penduduk yang diwakilinya.

Beliau berkata, beliau ada menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 April lepas menyatakan hasrat itu.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak pasti bagaimana perkara itu boleh bocor kepada umum.

- BERNAMA
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url