Top Ad 728x90

Negara kurang pakar gigi: Tiong Lai

Kementerian Kesihatan masih kekurangan bilangan pakar pergigian di negara ini apabila hanya sejumlah 110 sahaja berkhidmat dengan kementerian itu, mengisi 56 peratus daripada kekosongan yang ditawarkan.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sehingga 31 Disember tahun lalu, negara memiliki 3,410 doktor gigi, dengan hampir separuh daripada mereka (49.6 peratus) berkhidmat dalam sektor awam.

Perkara ini memberikan nisbah doktor gigi bagi setiap penduduk kepada lebih kurang 1:8,000.

Menurutnya, nisbah itu dijangka dikurangkan sehingga ke sasaran 1:4,000 pada 2017 dan akan berkurangan lagi dari semasa ke semasa bagi membolehkan perkhidmatan pergigian diterima rakyat negara ini dengan lebih berkesan.

“Dalam kementerian ini, 60 peratus daripada jawatan pegawai pergigian telah diisi iaitu sebanyak 1,522 daripada 2,538 jawatan, manakala 56.1 peratus daripada jawatan pakar pergigian turut diisi iaitu 110 daripada 196 jawatan.

“Negara kita menghasilkan pegawai pergigian melalui enam institusi pengajian tinggi awam dan lima institusi pengajian tinggi swasta serta universiti luar negara. Setakat ini, penghasilan tahunan adalah sebanyak 250 orang dan dijangka mencapai amaun 685 pegawai setahun pada 2015,” katanya pada sidang media di Majlis Pelancaran The 66th MDA AGM & FDI Scientific Convention di sini, semalam.:

Tiong Lai berkata, sebab utama penghasilan bilangan pegawai pergigian amat kurang adalah kerana tiga universiti awam yang menawarkan latihan pos graduan (UM, UKM dan USM) hanya mampu menawarkan 26 tempat untuk latihan kepakaran dalam enam bidang kepakaran pergigian termasuk Kesihatan Pergigian Awam.

Menurutnya, kementerian itu juga menawarkan 10 tempat kepada calon berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, menjadikan jumlah keseluruhan 36 calon diterima mendapat biasiswa bagi menjalani latihan kepakaran, tahun ini.

Tiong Lai juga mengumumkan Kementerian Kesihatan akan membina satu pusat kecemerlangan atau ‘one stop centre’ dalam bentuk kemudahan kepakaran pergigian seperti di hospital atau klinik biasa bagi memperkukuhkan pengurusan disiplin dalam penjagaan kesihatan gigi.

Menurutnya, ‘one stop centre’ masih dalam perancangan dan bakal menjadi jaringan capaian komunikasi lebih mudah di antara pakar pergigian merangkumi lapan disiplin pergigian dalam usaha untuk meningkatkan mutu kualiti kesihatan pergigian penduduk negara ini.

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90