Ahad, Jun 28, 2009

Pemandu dapat wang pelik RM50


Seorang pemandu tidak menyangka wang RM50 yang dikeluarkan dari mesin pengeluar wang automatik (ATM) kira-kira sebulan lalu mempunyai keunikan tersendiri.

Arif Mohd. Hanafiah, 49, dari Bandar Tasik Selatan di sini berkata, ketika kejadian dia baru mengeluarkan wang sebanyak RM1,000 di sebuah bank di sekitar Ampang Point di sini.

"Seperti biasa, setiap kali selepas mengeluarkan wang, saya akan mengira semula wang itu bagi mengelak berlaku kesilapan.

"Bagaimanapun, saya terkejut apabila mendapati salah satu daripada 20 keping wang RM50 itu agak berbeza berbanding dengan yang lain," katanya di pejabat Kosmo! di sini semalam.

Arif memberitahu, antara ciri unik wang itu ialah tandatangan Gabenor terletak di penjuru bawah kiri berbanding wang biasa di bahagian tengah di samping saiznya yang agak kecil.

"Tulisan jawi yang bermaksud Bank Negara Malaysia di bahagian belakang juga jelas berbeza kerana mempunyai huruf 'ya' dan huruf 'ka' di samping tanda 'hamzah' di atasnya.

"Apabila saya teliti lagi didapati permukaan wang tersebut agak merah sedikit dan hologram yang menunjukkan wajah Yang di-Pertuan Agong pertama juga agak berbeza," ujarnya.

- KOSMO!

1 ulasan:

  1. ni duit limited editon ke atau duit palsu ek..? musykil2 huhu..:-?

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts