Guru didakwa cabul dua pelajar lelaki

Seorang guru lelaki didakwa mencabul dua pelajar lelaki dengan melakukan seks oral dan onani terhadap mangsa berulang kali di dalam stor serta bilik persalinan di sebuah sekolah menengah di daerah Dungun, Terengganu.

Guru berusia 31 tahun itu yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani, dipercayai melakukan perbuatan terkutuk terhadap mangsa berusia 14 dan 15 tahun pada waktu persekolahan sejak Mei lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, berkata kedua-dua mangsa yang tidak tahan dengan nafsu songsang guru terbabit membuat laporan di Balai Polis Dungun kira-kira jam 10 pagi kelmarin.

"Polis sudah mengenal pasti identiti suspek termasuk sekolah tempat dia mengajar dan akan menahan guru terbabit dalam masa terdekat.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana melakukan hubungan seks di luar tabii dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 20 tahun," katanya.

Manoharan berkata, guru terbabit juga boleh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan dengan niat mencabul kehormatan yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun, denda dan sebat.

Sementara itu, Manoharan berkata, polis menahan seorang suspek yang dipercayai memukul seorang warga emas berusia 78 tahun dalam satu kejadian pagi, kelmarin.

Katanya, mangsa yang dipukul suspek yang juga anak saudaranya patah tangan kiri dan cedera di beberapa bahagian badan.

Beliau berkata, suspek ditahan kira-kira jam 4.30 petang di sebuah kedai berhadapan Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan ketika ditahan dia sudah membeli tiket bas ke Ipoh dipercayai untuk melarikan diri.

- BERITA HARIAN
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url