KDN buka portal terima aduan

Orang ramai kini boleh menghantar sebarang aduan berkaitan Kementerian Dalam Negeri (KDN) secara terus kepada menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi alamat web www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my.

Menurut kenyataan KDN hari ini, untuk berbuat demikian, orang ramai cuma perlu klik kepada imej atau alamat ikdn@moha.gov.my.

''Istimewanya, setiap pengadu tidak perlu mendaftar butiran peribadi mereka untuk membuat aduan.

''Begitupun, butiran peribadi yang diberikan seperti nama, alamat dan nombor telefon akan memudahkan pihak YB Menteri menghantar maklum balas," menurut kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu, KDN mengharapkan hubungan silaturrahim antara orang ramai dengan kementerian itu dapat dipereratkan lagi di samping mewujudkan satu perkhidmatan yang telus dan segera.

Ia juga dilihat sejajar dengan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

- UTUSAN
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url