Manchester United atasi Malaysia 3-2
Malaysia hampir mengejutkan Manchester United, namun jaringan Michael Owen pada 10 minit pada akhir perlawanan menyaksikan pasukan kebangsaan tumpas 2-3 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Dua jaringan Malaysia disumbangkan oleh Mohd. Amri Yahyah, manakala United memperoleh jaringan menerusi Nani dan Wayne Rooney.
Berita baik buat peminat fanatik Manchester United apabila juara Liga Perdana England itu bersetuju untuk mengadakan satu lagi perlawanan persahabatan menentang Malaysia, Isnin ini.
Perlawanan yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada pukul 8.45 malam itu diatur penganjur, Pro Event bagi menggantikan perlawanan menentang Indonesia di Jakarta yang terpaksa dibatalkan kerana insiden letupan bom yang berlaku di negara itu.
Tiket-tiket bagi perlawanan persahabatan kedua United-Malaysia ini boleh dibeli di kedai-kedai rangkaian barangan sukan Nike dan Al-Ikhsan atau melalui internet (www.ticketpro.com) pada harga RM58 dan RM308.
Kalah kita bermaruah
Jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal menyifatkan kekalahan 2-3 kepada Manchester United, semalam sebagai kekalahan yang bermaruah.
Menurut Rajagobal, walaupun kalah, kemenangan tipis United ke atas skuad muda negara boleh dijadikan pencetus semangat kebangkitan bola sepak negara.
Katanya, kegopohan dan aksi teragak-agak jentera depan yang diterajui Zaquan Adha Abdul Razak, Mohd. Amri Yahyah dan Indra Putra Mahayuddin menafikan hasrat Malaysia sekurang-kurangnya mengikat juara Liga Perdana England itu.
“Keputusan perlawanan ini tetap menggembirakan saya. Saya berpuas hati kerana kita berjaya membolosi dua kali gawang United terutama ketika Amri menewaskan Edwin van der Sar.
“Para pemain mengambil setiap peluang yang ada, mereka beraksi dengan penuh keyakinan. Mereka menikmati perlawanan dengan pemain terbaik di dunia.
“Menentang pasukan terkuat di dunia bukanlah tugas mudah. Memang United menang tipis, tetapi kita harus sedar bahawa United datang ke sini bukan sekadar untuk menghiburkan peminat mereka.
“Mereka bermain untuk menang. Kita sendiri dapat melihat bagaimana aksi mereka yang pantas menjaringkan dua gol di babak pertama,” katanya pada sidang media selepas perlawanan, semalam.
United di depan menerusi jaringan Wayne Rooney (minit ke-70) dan Nani pada minit ke-27. Michael Owen menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-84.
Amri Yahyah menggamatkan 80,000 penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil menerusi jaringan pada minit ke-45 dan gol penyamaan pada minit ke-51.
Tambah Rajagobal, pada awal perlawanan, para pemainnya sukar mencari rentak akibat permainan pantas pasukan lawan.
“Namun, apabila kita berjaya meraih gol menerusi Amri, keyakinan pemain semakin memuncak dan bangkit dengan permainan agresif di babak kedua.
“Ya... Mungkin banyak pertukaran pemain kita di babak kedua menjejaskan sedikit rentak permainan Malaysia sehingga terpaksa melepaskan gol kemenangan kepada lawan.
“Keputusan ini diharap dapat memberi kesan positif kepada peminat bola sepak tanah air.
“Apa yang saya harapkan ialah pasukan ini akan terus konsisten,” katanya.
Ditanya kemungkinan beliau akan memanggil pemain senior untuk perlawanan kedua menentang United, esok Rajagobal berkata, dia tidak akan membuat sebarang perubahan.
“Tidak... Tiada pemain lain yang akan dipanggil. Lagipun mustahil bagi mana-mana pemain untuk mengadakan latihan hanya sehari bagi menentang pasukan seperti United,” katanya.
- UTUSAN
wah..
cam xcaye lk..
huhuhu...
pecaye la..
tp byk ag kelemahan mesia..
pasing masih ag beterabur..
M.U pun x men selaju kat epl..huhu
btw..rajagopal tebaek..haha
urm. nak tanye.
Bilekah pihak Man U. bersetuju utk lawan M'sia semula? Sebelum perlawanan pertama berlangsung ker? atau pun...selepas mereka menang 3-2?
gua memang rasa bangga dgn Malaysia. MU pun tergentar seketika masa Amri Yahya skor kali kedua. Ada harapan ni. =)
cayalah malaysia! menang tipis tu..hurm..agaknye la MU ni kasi chance kot..
fuhhh... biar betul, betul ke MU main betul tuu... hope pelawanan ke 2 tak kalah terok... MU setakat 3-2 je ke kalahkan malaysia... kalau LIVERPOOL mesti malaysia kenak belasah terok... porahhh MU hahahaha.... sori MU FAN... nasib OWEN pembelot dapat score...
Aku x ske btul..bile aku dpt tahu..M.U nak repeat game dgn M'sia. Kenapa aku x ske?
1) M.U dah dpt baca gerak permainan team M'sia..so, boleh la depa pesta goal utk rematch nanti.
2) Bile depa dah pesta goal...maka, sume peminat bola sepak..akan mengabaikan..pencapaian pertama M'sia..kalah tipis 3-2 kepada M.U.
3) Bak kata Amri Yahya dalam Berita Utama.."Utk game ke-2 ni..game akan jadi x menarik..sebab mereka dah tahu cara permainan kita".
4) Player M.U pasti la nak menebus maruah mereka...maka, mereka akan buktikan pada permainan ke-2 nanti.
5) Cuba bayangkan klu M'sia kene belasah 10-0 pada game ke-2 ni...tidah kah..mereka akan label yg M'sia ni x konsisten?
6) Mmg aku x stuju la..2nd game nih...
Betul ke..player M.U sekadar 'main2' pada 1st game?Jgn la ckp cmtu...apabila M'sia hebat kite ckp M.U 'main2' atau bagi peluang jerk...tp ..klu M'sia kene belasah..kite hentam M'sia plak...ckp..team kite lembik la...ape la...
Team M'sia…
Malaysia tetap di hati whose selamanya....